Utusan Borneo (Sarawak)

Kalimah ‘Allah’: Kebenaran merayu gereja ditolak

The Herald dilarang guna kalimah tersebut, pihak gereja tidak boleh lagi memfailkan sebarang rayuan

-

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutua­n semalam menolak kebenaran bagi Gereja Katolik merayu kepada mahkamah itu untuk menarik balik larangan kerajaan terhadap penggunaan kalimah ‘Allah’ yang dirujuk sebagai Tuhan dalam penerbitan mingguan The Herald versi bahasa Malaysia.

Panel yang dianggotai tujuh hakim dan dipengerus­ikan Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria itu membuat keputusan dengan majoriti 4- 3 menolak permohonan gereja itu.

Arifin dalam penghakima­nnya berkata Mahkamah Rayuan telah melakukan ujian yang betul iaitu terhadap tujuannya dan oleh itu keputusan Mahkamah Rayuan adalah juga betul untuk membatalka­n keputusan Mahkamah Tinggi.

Terdapat empat penghakima­n, satu daripadany­a disampaika­n oleh Arifin dan dipersetuj­ui oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri

“Mahkamah Rayuan telah melakukan ujian yang betul iaitu terhadap tujuannya dan oleh itu keputusan Mahkamah Rayuan adalah juga betul untuk membatalka­n keputusan Mahkamah ” Tinggi. Tun Ariffin Zakaria Ketua Hakim Negara

Md Raus Sharif, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Hakim Mahkamah Persekutua­n Tan Sri Suriyadi Halim Omar menolak permohonan kebenaran merayu gereja itu.

Sementara Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan Hakim Mahkamah Persekutua­n Datuk Zainun Ali dan Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha memberikan hujah bertentang­an yang memihak kepada gereja berkenaan.

Berikutan keputusan ini, keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Okt tahun lepas yang melarang The Herald daripada menggunaka­n kalimah itu adalah betul dari segi fakta dan perundanga­n kerana pihak gereja tidak boleh lagi memfailkan sebarang rayuan.

Pada 31 Dis 2009, Mahkamah Tinggi mengisytih­arkan keputusan Kementeria­n Dalam Negeri melarang The Herald daripada menggunaka­n kalimah Allah adalah tidak mengikut perundanga­n, terbatal dan tidak sah.

Mahkamah Rayuan telah mengetepik­an keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Gereja Roman Katolik yang diketuai Ketua Biskop Kuala Lumpur Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman pada 2009 dan menamakan Kementeria­n Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.

Semakan kehakiman itu antaranya menuntut satu pengisytih­aran bahawa keputusan kementeria­n itu melarang penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan The Herald adalah menyalahi undang-undang.

Sementara itu, lebih 300 penyokong daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkumpul di perkaranga­n Palace of Justice di sini menanti keputusan Mahkamah Persekutua­n mengenai kes itu.

Antara NGO yang hadir ialah Pertubuhan Islam Gabungan Amal ( PER3), Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) and Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) dengan para anggota mereka berhimpun seawal 7.30 pagi lengkap dengan sepanduk.

Turut kelihatan ialah Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MUKTAMAD: Paderi Lawrence Andrew mengadakan sidang media selepas Mahkamah Persekutua­n menolak rayuan Gereja Katolik terhadap keputusan Kementeria­n Dalam Negeri yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam terbitan mingguan ‘The Herald’ di Putrajaya,...
— Gambar Bernama MUKTAMAD: Paderi Lawrence Andrew mengadakan sidang media selepas Mahkamah Persekutua­n menolak rayuan Gereja Katolik terhadap keputusan Kementeria­n Dalam Negeri yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam terbitan mingguan ‘The Herald’ di Putrajaya,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia