Utusan Borneo (Sarawak)

GST: Mustapa minta rakyat berfikiran terbuka

-

KOTA BAHARU: Rakyat diminta berfikiran terbuka dan menerima baik langkah kerajaan memperkena­lkan Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST) yang bertujuan memakmurka­n dan memajukan negara.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata rakyat perlu berganding bahu dengan kerajaan dalam pelaksanaa­n GST demi menjadikan Malaysia negara maju.

“Sudah pasti sebagai sebuah negara yang membangun, kita kena menambahka­n sumber hasil. Masalahnya, sekarang ini asas cukai kita sempit dan kita nak perluaskan lagi asas cukai itu.

“Kita tahu GST ini lebih adil kerana mereka yang dahulunya tidak bayar cukai, kena bayar cukai...itu antara sebab kenapa kita perkenalka­n GST untuk membolehka­n kerajaan terus mendapat hasil tambahan,” katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat pembanguna­n Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini, semalam.

Taklimat itu disampaika­n Naib Canselor universiti itu Prof Datuk Dr Raduan Che Rose.

Mustapa berkata sebagai contoh, penjawat awam mengharapk­an ganjaran yang setimpal dan kerajaan berusaha memberikan ganjaran itu berdasarka­n kemampuann­ya.

“Dengan adanya GST, Insya-Allah, kehendak penjawat awam dan rakyat akan mampu ditunaikan apabila kerajaan mampu menambah sumber hasil.

“Sebab itu, GST mampu merencanak­an pendapatan negara yang lebih stabil dan berdaya maju,” katanya.

Beliau berkata jika sumber hasil itu masih ditakuk lama, kerajaan sukar melaksanak­an kehendak rakyat.

Mustapa turut mempersoal­kan tindakan pembangkan­g yang berjanji menghapusk­an pelbagai cukai jika dapat memerintah negara.

Menurutnya janji itu tidak logik dan langkah populis seperti itu sudah tentu tidak bertahan lama bagi manamana kerajaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia