Utusan Borneo (Sarawak)

Kumpulan Hydra lancar album sulung di Sarawak

- HIBURAN

KUCHING: Sebuah kumpulan band yang kian melakar nama di Malaysia mahupun di pentas antarabang­sa, Hydra kini melancarka­n album sulung mereka di Sarawak.

Album yang bertajuk ‘Sinergi’ itu mengandung­i lima lagu terdiri empat lagu Bahasa Melayu dan satu lagu Bahasa Inggeris iaitu ‘Hujung Mentari’, ‘Damai’, ‘Pergilah’, ‘Waris’ dan ‘Precious Queen’.

Hydra dibarisi Lan sebagai vokalis, Azril pemain gitar bass, Aizad pemain dram, G.B pemain gitar dan Jezz papan keyboard.

Lagu pertama dalam album itu yang bertajuk ‘Hujung Mentari’ merupakan hasil ciptaan oleh penulis lirik Bddhi Hekayat dan komposer Jason Choo manakala lagu kedua pula, ‘Damai’ hasil ciptaan sepenuhnya Boy Castro.

Sementara itu lagu ketiga bertajuk ‘Pergilah’ pula hasil ciptaan oleh penulis lirik dan komposer Man Cina dan lagu sulung BI yang bertajuk ‘Precious Queen’ hasil ciptaan komposer dan penulis lirik Gerard Singh.

Lagu terakhir yang turut dimuatkan dalam album EP sulung Hydra bertajuk Waris juga dicipta oleh komposer dan penulis lirik Gerard Singh.

“Ini merupakan album EP pertama Hydra dan peminat kami di Sarawak kini boleh mendapatka­nnya.

“Malah, kami kembali semula ke sini (Sarawak) hasil permintaan ramai dan untuk itu kami membuat persembaha­n istimewa di Victoria Arms, Merdeka Palace selama tiga hari bermula 14 Ogos hingga 16 Ogos jam 10 malam,” katanya pada sidang media di sini malam kelmarin.

Lan berkata, Hydra yang mengetenga­hkan muzik Rock Kontempora­ri bakal menghiburk­an pengunjung yang datang sepanjang persembaha­n istimewany­a di sini.

Pada masa sama beliau memberitah­u peminat juga boleh mendapatka­n album baharu mereka yang turut dijual sepanjang persembaha­n mereka di sini dengan harga istimewa.

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh menghubung­i Vitoria Arms 082-258000 sambungan 8070 atau melayari laman Facebook http:/www. facebook.com/Victoria.

Arms.Kuching.

 ??  ??
 ??  ?? SEMAKIN DIMINATI: Kumpulan band tempatan yang kian popular, Hydra lancar album sulung di Victoria Arms, Merdeka Palace.
SEMAKIN DIMINATI: Kumpulan band tempatan yang kian popular, Hydra lancar album sulung di Victoria Arms, Merdeka Palace.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia