Utusan Borneo (Sarawak)

Bukan kompleks ‘orang kaya’

Tanggapan jejas usaha melaksanak­an projek pembanguna­n demi anak kurang bernasib baik: Daud

- TEMPATAN

KUCHING:MenteriMud­adi Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman menyelar dakwaan sesetengah pihak yang menggelar kompleks kebajikan anak-anak yatim di seluruh negeri sebagai kompleks ‘orang kaya.’

Menurut beliau, tanggapan itu menjejaska­n usaha pihak kompleks melaksanak­an projek pembanguna­n keperluan bagi anak-anak kurang bernasib baik.

“Kita sentiasa memerlukan dana dan sumbangan daripada masyarakat. Bezanya, kompleks kita sentiasa menguruska­n wang dengan baik.

“Jadi, kita tidak mahu dihukum hanya kerana rakyat memikirkan kita mempunyai duit sebab kekuatan kita adalah kerana peratu-

“Kita sentiasa memerlukan dana dan sumbangan daripada masyarakat. Bezanya, kompleks kita sentiasa ” menguruska­n wang dengan baik. Datuk Daud Abdul Rahman Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam)

san derma ini menjadi tulang belakang pembanguna­n kompleks,” ujarnya ketika berucap pada Majlis RamahTamah Aidilfitri di Kompleks Kebajikan Anak-Anak Yatim Laila Taib (PERYATIM) di sini, semalam.

Justeru, Daud berkata sumbangan itu nanti akan digunakan untuk membiayai kos operasi dan menjaga kebajikan serta keperluan anakanak kurang bernasib baik di setiap lokasi kompleks anak yatim di seluruh negeri.

Beliau berkata di Sarawak, terdapat tiga kompleks anak yatim yang aktif beroperasi iaitu di Kuching, Sibu dan Miri dan dua lagi bakal dibina di Mukah dan Lawas.

Cawangan di Bintulu yang mampu menampung 1,600 penghuni, katanya, akan memulakan pengambila­n mulai 1 Januari tahun depan.

“Diharap keluarga kepada anak-anak yatim di seluruh negeri akan menghantar mereka ke kompleks ini sebab kita lihat anak yatim kita dijaga dengan sepenuhnya termasuk dengan disiplin yang baik.

“Mereka dijaga dengan baik dan ia seperti sekolah berasrama penuh. Jadi, jika ada persepsi malu mengapa mereka mesti menghantar anak mereka ke sini, saya fikir di kompleks ini hanya ada anak orang miskin sahaja.

“Apa yang kita berikan adalah pendidikan yang sempurna dan disiplin yang baik untuk membentuk anak-anak yang mempunyai keperibadi­an dan berfikiran positif demi masa depan mereka,” jelasnya.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Misnu Taha dan seramai 165 anak yatim.

 ??  ??
 ??  ?? BIJAK: Daud (tiga kiri) menyerahka­n insentif kepada seorang penghuni PERYATIM yang mendapat keputusan cemerlang 5A dalam UPSR pada majlis tersebut. Turut kelihatan Abang Abdul Wahap (dua kiri).
BIJAK: Daud (tiga kiri) menyerahka­n insentif kepada seorang penghuni PERYATIM yang mendapat keputusan cemerlang 5A dalam UPSR pada majlis tersebut. Turut kelihatan Abang Abdul Wahap (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia