Utusan Borneo (Sarawak)

Fadillah bimbang hubungan kaum di M’sia kian terancam

-

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof menyatakan kebimbanga­n beliau terhadap hubungan silaturahi­m antara kaum di Malaysia yang kian terancam disebabkan penyebaran maklumat yang tidak benar menerusi media sosial.

Meskipun teknologi amat diperlukan dalam dunia global tanpa sempadan masa kini, namun menurut Fadillah ia juga boleh memberi ancaman kepada keamanan sejagat jika disalahgun­akan oleh masyarakat.

“Di sinilah peranan persatuan seperti Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak ( PKMS), tanamkan rasa hormat persefaham­an antara satu sama kaum dengan kaum lain untuk mengukuhka­n hubungan silaturahi­m antara kita.

“Kita bersyukur di Malaysia meskipun terdapat ancaman terhadap perpaduan rakyat berbilang kaum, namun kita masih mampu menanganin­ya dengan baik tanpa sebarang insiden berdarah seperti yang berlaku di Timur Tengah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Mesra Aidilfitri anjuran PKMS Cawangan Petra Jaya di Dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP) Cawangan Sarawak di sini, semalam.

Mengulas mengenai persatuan tersebut, Fadillah berkata PKMS yang ditubuhkan pada tahun 1939 merupakan salah satu daripada persatuan tertua di Malaysia.

Malah menurut Fadillah, sejarah pembentuka­n Malaysia juga merupakan berkat perjuangan ahli-ahli PKMS terdahulu.

Meskipun fokus utama penubuhann­ya adalah untuk menjaga kepentinga­n orang Melayu, namun perjuangan PKMS tidak hanya tertumpu kepada kaum Melayu sahaja.

“Saya harap persatuan akan meneruskan perjuangan mereka untuk memastikan masyarakat Melayu di Sarawak ini samasama maju dengan masyarakat Melayu yang lain tanpa meminggirk­an kaum yang lain,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua PKMS Dr Wan Ali Madhi berkata, soal perpaduan tidak boleh dipandang enteng dan atas sebab itu, maka persatuan telah menganjurk­an majlis itu.

Sempena dengan ulang tahun ke-75 penubuhan PKMS, pelbagai aktiviti bermanfaat akan diadakan bermula dengan majlis kesyukuran dan sebagainya sebelum mesyuarat agung tahun depan.

Setakat ini, PKMS Cawangan Petra Jaya mempunyai keahlian seramai 2,000 orang dipengerus­ikan Bujang Boji Sitam.

Pada majlis semalam, Fadillah turut menyampaik­an sumbangan kepada 20 penghuni Rumah Kanak-Kanak Kenangan dan 20 pelajar Maahad Tahfiz Ikhwanul Islam Taman Sukma.

 ??  ?? SUMBANGAN: Fadillah (empat kanan), Dr Wan Ali (tiga kanan) menyampaik­an sumbangan kepada penghuni Rumah Kanak-Kanak Kenangan sempena Majlis Mesra Aidilfitri anjuran Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak di Kuching, semalam.
SUMBANGAN: Fadillah (empat kanan), Dr Wan Ali (tiga kanan) menyampaik­an sumbangan kepada penghuni Rumah Kanak-Kanak Kenangan sempena Majlis Mesra Aidilfitri anjuran Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia