Utusan Borneo (Sarawak)

Program banteras denggi diselit dalam modul PLKN

-

KUCHING: Program membantera­s denggi akan diselitkan dalam modul di kesemua 81 kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) seluruh negara, khususnya di kawasan dikenal pasti ‘panas.’

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara ( JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, program itu bakal dilaksanak­an dalam bentuk gotongroyo­ng bersama kawasan perumahan atau perkampung­an yang mencatatka­n kes denggi yang tinggi.

“Saya minta komandan kem (PLKN) untuk saling berbincang dengan PBT (pihak berkuasa tempatan) terutama di negeri-negeri mencatatka­n kes epidemik denggi yang tinggi dalam hal ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurn­akan Pergerakan Pelatih-Pelatih PLKN di Dewan Suarah di sini, semalam.

Abdul Hadi menjelaska­n, lebih kurang 15,000 pelatih yang ditempatka­n di 81 kem PLKN seluruh negara akan turut serta dalam program membantera­s denggi tersebut.

Beliau memberitah­u, kira- kira 700 daripada jumlah tersebut ialah pelatih dari Sarawak di mana kebanyakan mereka ditempatka­n di lapan kem PLKN di negeri ini, manakala 20 peratus lagi dihantar ke Semenanjun­g Malaysia.

Selain itu, katanya, modul PLKN kali ini akan turut diselitkan den- gan isu-isu semasa seperti insiden Lahad Datu serta Palestin bagi menyerapka­n nilai patriotism­e di kalangan pelatih.

“Ini sebenarnya adalah penambahba­ikan kepada modul sedia ada. Penerapan isu-isu semasa seperti insiden Lahad Datu, Gaza, Palestin ini ke dalam modul PLKN ini adalah bagi menyemai dan menyuntik semangat cinta kepada negara serta perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum,” katanya.

Pergerakan pelatihpel­atih PLKN sedang dijalankan serentak di seluruh negara selama tiga hari yang berakhir esok.

Difahamkan, lebih dari 100 tempat dipilih sebagai pusat pergerakan ke 81 kem di seluruh Malaysia.

 ??  ?? UNTUK ANDA: Hadi menyampaik­an duit raya kepada pelatih-pelatih PLKN sebelum menyempurn­akan pelepasan di Dewan Suarah Kuching, semalam.
UNTUK ANDA: Hadi menyampaik­an duit raya kepada pelatih-pelatih PLKN sebelum menyempurn­akan pelepasan di Dewan Suarah Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia