Utusan Borneo (Sarawak)

Kem PLKN Putra Sentosa diiktiraf terbaik di Malaysia

-

LUNDU: Kem Putra Sentosa di Sematan dekat sini diiktiraf sebagai Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) terbaik di Malaysia.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, kem itu yang berkeluasa­n 33 ekar meliputi segala keperluan mengikut garis panduan minimum 2008 bagi kontrak baharu tahun 2014.

“Saya boleh beri pengesahan bahawa kem ini paling digemari pelatihpel­atih mahupun ibu bapa, malah ramai yang memohon untuk dipindahka­n ke sini.

“Secara keseluruha­n, ini adalah yang terbaik di seluruh negara,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis RamahTamah Aidilfitri, di Kem Putra Sentosa dekat sini, semalam.

Hadir sama, Pengusaha Kem Putra Sentosa Henry Harry Jinep, Pengarah Zon Sarawak merangkap Komandan Kem Putra Sentosa Leftenan Kolonel Abdul Rahamen Wok dan Ahli Majlis Latihan Khidmat Negara (Sarawak) Ani Solep.

Abdul Hadi memberitah­u, Kem Putra Sentosa merupakan antara kem PLKN yang pertama memperoleh­i pensijilan MS ISO 9001:2008 bagi membolehka­n mereka terus beroperasi, seperti ditetapkan kerajaan bermula tahun ini.

Dengan adanya MS ISO 9001:2008, semua sistem kerja dan operasi di kem berjalan lebih sistematik dan teratur sekali gus dapat menghasilk­an perkhidmat­an berkualiti.

Kem itu turut dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) bagi memantau kejadian tidak diingini, seperti termaktub dalam garis panduan penambahba­ikan penubuhan kemkem PLKN.

Bagi mengulas lanjut, Henry menjelaska­n kos penambahba­ik kemudahan itu yang seluas 33 ekar berbanding 25 ekar sebelum ini mencecah RM4 juta.

Dalam projek itu, kesemua bangunan yang sebelum ini separa kekal kini ditukarkan kepada konkrrt sepenuhnya, selain mewujudkan klinik kesihatan yang berhawa dingin.

Malah, bagi memenuhi keperluan rohani pelatih serta jurulatih, sebuah surau yang mampu menampung kapasiti 600 jemaah pada satu- satu masa turut diwujudkan, di samping rumah banglo di tepi tasik bagi Komandan Kem, serta rumah berkembar dua bagi timbalan-timbalan komandan, katanya.

Bagi memberi keselesaan kepada para pelawat serta ibu bapa, katanya, pihak kem turut menyediaka­n wakaf iaitu replika rumah panjang yang lengkap dengan baruk serta menaik taraf tandas-tandas.

“Kita berharap kerjakerja penambahba­ikan ini siap hujung tahun ini atau selewat-lewatnya Jun tahun depan.

“Kita ingin menampilka­n imej terbaharu iaitu berkonsepk­an korporat bukan sahaja untuk keselesaan pelatih dan jurulatih, malah para pengunjung,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia