Utusan Borneo (Sarawak)

Pertahan perpaduan S’wak

Usah terikut-ikut pertelingk­ahan agama di Semenanjun­g

- Oleh Mahathir Haroun

LUNDU: Pertelingk­ahan mengenai agama yang kerap berlaku di Semenanjun­g Malaysia tidak harus menjadi ikutan rakyat negeri ini.

Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem berkata, rakyat Sarawak yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum perlu terus mengekalka­n perpaduan agar menjadi contoh kepada negeri lain.

Biarpun Sarawak menghimpun­kan lebih 30 kaum, menurutnya, setakat ini tidak pernah berlaku sebarang perselisih­an terutama melibatkan agama.

“Di Semenanjun­g Malaysia hanya ada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India, agak sukar untuk mereka mengekalka­n perpaduan.

Di Semenanjun­g Malaysia hanya ada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India, agak sukar untuk mereka mengekalka­n perpaduan. Jadi, kita di Sarawak tidak sepatutnya mengikut

” budaya seperti ini yang merugikan. Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem Ketua Menteri

“Jadi, kita di Sarawak tidak sepatutnya mengikut budaya seperti ini yang merugikan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah- Tamah Aidilfitri Peringkat Daerah Lundu di Kompleks Sukan Lundu semalam.

Lebih menarik, katanya, rakyat di Sarawak tidak menghadapi masalah untuk melakukan aktiviti harian secara bersama.

“Kita boleh makan dan minum bersama selain melakukan apa sahaja aktiviti tanpa ada masalah,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, rakyat Sarawak harus bersyukur kerana negeri ini aman damai dan bukannya berusaha untuk menimbulka­n sebarang masalah.

Adenan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Tanjung Datu menyifatka­n Lundu sebagai tempat yang istimewa kerana pekan tersebut membawanya melangkah sebagai Ketua Menteri.

“Kalau tidak kerana sokongan yang diberikan penduduk Lundu, sukar untuk saya menjadi Ketua Menteri.

“Oleh itu, penduduk Lundu patut bangga kerana wakil rakyat mereka merupakan Ketua Menteri Sarawak,” jelasnya.

Majlis sama turut meraikan hari jadi isteri Ketua Menteri, Puan Sri Datuk Jamilah Anu.

Hadir sama Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang juga Ahli Parlimen Santubong.

 ?? — Gambar Jeffery Mostapa ?? RAIKAN AIDILFITRI: Adenan memukul beduk sebagai simbolik sambutan Ramah-Tamah Aidilfitri Peringkat Daerah Lundu, se-
— Gambar Jeffery Mostapa RAIKAN AIDILFITRI: Adenan memukul beduk sebagai simbolik sambutan Ramah-Tamah Aidilfitri Peringkat Daerah Lundu, se-
 ??  ?? LANCAR: Taib menandatan­gani replika kamus daftar Bahasa Kedayan disaksikan oleh Awang Tengah (kiri), Rosey, Ahmad Lai dan Ripin pada Majlis Makan Tahun Perdana di Kampung Pejuang Kelulit, Bekenu semalam.
LANCAR: Taib menandatan­gani replika kamus daftar Bahasa Kedayan disaksikan oleh Awang Tengah (kiri), Rosey, Ahmad Lai dan Ripin pada Majlis Makan Tahun Perdana di Kampung Pejuang Kelulit, Bekenu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia