Utusan Borneo (Sarawak)

Terus berjuang kecapi kemajuan

-

MIRI: Rakyat Sarawak mesti terus berjuang sekiranya mahu mengecapi lebih banyak kemajuan dan pembanguna­n.

Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mahu rakyat pelbagai kaum di negeri ini berusaha gigih agar mereka dapat menikmati lebih banyak ganjaran daripada pembanguna­n yang dirancang.

“Tiada istilah rehat untuk mereka yang ingin membangun, tetapi tiada pengakhira­n untuk ganjaran mereka. Ini adalah satu perkara penting untuk diingat,” tegas beliau.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Tahun Perdana anjuran Persatuan Kedayan Sibuti dan Pejabat Residen Miri di Kampung Pejuang Kelulit, Bekenu, 50 kilometer dari sini, semalam.

Taib percaya rakyat Sarawak akan terus mendapat keuntungan daripada pelaksanaa­n program- program pembanguna­n yang memanfaatk­an semua rakyat.

Antaranya, pembanguna­n Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (SCORE) yang pasti akan memberi kemajuan ekonomi yang lebih besar kepada negeri.

“Saya ingin menyatakan kepada rakyat bahawa perjuangan kita telah berjaya. Dan, ia berjaya kerana rakyat kita sedar perjuangan kita tumpu kepada apa yang penting bagi rakyat. Bukan hanya permainan politik, bukan sahaja untuk perjuangan batang tubuh sahaja,” tegas beliau.

Beliau yakin di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem dan kerajaan Barisan Nasional (BN), lebih banyak projek pembanguna­n yang menguntung­kan rakyat akan dilaksanak­an secara menyeluruh termasuk di kawasan luar bandar.

Pada majlis tersebut, Taib turut melancarka­n kamus daftar kata Bahasa Kedayan yang melibatkan kerjasama Persatuan Kedayan Sibuti dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Beliau turut berpesan kepada kaum Kedayan untuk menjadikan sejarah dan kejayaan yang dicapai kini sebagai pembakar semangat kepada mereka terus membangun seiring kaum lain di Sarawak.

“Ingatlah selagi orang Kedayan bersatu padu, bekerjasam­a, kemajuan lebih tinggi akan dapat kita capai,” tegas beliau.

Hadir sama Menteri Perancanga­n Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan selaku Penaung Persatuan Kedayan Sibuti, Menteri Muda Pendidikan Awal KanakKanak dan Pembanguna­n Keluarga selaku Penasihat Persatuan Kedayan Sibuti Rosey Yunus, Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang, ADUN Lambir selaku Pengerusi Persatuan Kedayan Sibuti Ripin Lamat dan Speaker Dewan Undangan Negeri ( DUN) Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia