Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha perkasa wanita perlu serius

Golongan wanita harus diupayakan untuk menyumbang kepada negara

- Oleh Siti Aisyah Ramli

KUCHING: Usaha dalam memperkasa­kan peranan wanita di Sarawak khususnya tidak harus dipandang ringan dan perlu dilihat sebagai agenda pemerkasaa­n manusia secara kolektif.

Isteri Ketua Menteri Puan Sri Datuk Jamilah Anu berkata, ia juga merupakan usaha untuk membebaska­n wanita daripada belenggu ketidakadi­lan.

“Peranan wanita sering kali mendapat tentangan terutama daripada unsur diskrimina­si serta penjara ketidaksam­aan gender.

“Faktor itulah yang mendorong wanita menjadi mangsa keganasan rumah tangga, seksual, perhambaan, perdaganga­n manusia dan banyak lagi,” ujarnya.

Justeru, katanya, golongan wanita harus diupayakan sekali gus menyumbang ke arah pembanguna­n negara.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Seminar Wanita anjuran Tabung Ekonomi Gagasan Anak (Bumiputera) Sarawak (TEGAS) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, semalam.

Sejajar dengan usaha itu, katanya, pengupayaa­n wan- ita yang paling utama adalah melalui pendidikan.

“Kaum wanita, khususnya para ibu, hendaklah dibekalkan dengan pengetahua­n semasa selari dengan kemajuan negara supaya mereka dapat menekankan perihal kepentinga­n pendidikan kepada anak-anak.

“Ia harus dilihat sebagai pelaburan serta persediaan awal agar mereka dapat merancang kerjaya anakanak pada masa hadapan,” jelasnya.

Seminar yang turut mendapat kerjasama Unit Pembanguna­n Tenaga Kerja Jabatan Ketua Menteri dan Lembaga Pembanguna­n Koridor Wilayah (RECODA) itu menyaksika­n penyertaan seramai 4,000 wanita dari Kuching, Samarahan, Serian, Simunjan, Sri Aman dan Lundu.

Ia terbuka kepada ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), ibu tunggal, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), guru besar, pengetua serta mahasiswi institusi pengajian tinggi (IPT).

Hadir sama Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembanguna­n Keluarga Datuk Fatimah

Kaum wanita, khususnya para ibu, hendaklah

dibekalkan dengan

pengetahua­n

semasa selari

dengan kemajuan

negara supaya

mereka dapat

menekankan

perihal kepentinga­n

“pendidikan kepada

anak-anak. Puan Sri Datuk Jamilah Anu Isteri Ketua Menteri

Abdullah, Menteri Muda Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh merangkap Pengerusi TEGAS, Menteri Muda Pembanguna­n Estet Perindustr­ian Datuk Peter Nansian Ngusie serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni.

 ??  ?? KENANGAN: Jamilah (tengah) menerima cenderamat­a yang disampaika­n oleh Len pada Majlis Perasmian Seminar Wanita TEGAS di Kuching, semalam.
KENANGAN: Jamilah (tengah) menerima cenderamat­a yang disampaika­n oleh Len pada Majlis Perasmian Seminar Wanita TEGAS di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia