Utusan Borneo (Sarawak)

BCF mampu menarik kedatangan pelawat ke Sibu

-

SIBU: Pesta Kebudayaan Borneo (BCF) 2014 yang bermula malam kelmarin hingga 24 Ogos ini merupakan acara utama bagi bandar Sibu yang mampu menarik kedatangan pelawat dari dalam dan luar negara.

Residen Bahagian Sibu Sim Kok Kee berkata, adalah tidak mudah untuk menganjurk­an acara besar seperti BCF yang kini telah memasuki tahun ke-12 penganjura­nnya.

“Kita amat berterima kasih kepada Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) yang bertungkus-lumus menganjurk­an Pesta Kebudayaan Borneo ini setiap tahun.

“Adalah tidak mudah untuk menganjurk­an pesta sebesar ini yang sememangny­a memerlukan kos yang agak tinggi,” ujarnya ketika berucap merasmikan Ekspo Pameran dan Perdaganga­n Sibu (Sibu Tradex) 2014 sempena BCF di Dataran Bandar Sibu Fasa II, malam kelmarin.

Sibu Tradex 2014 dianjurkan oleh Cityvine (M) Sdn Bhd menyaksika­n 104 gerai yang mempamer serta menjual pelbagai jenis barangan dan perkhidmat­an.

Ia dibuka dari jam 5 petang hingga 11 malam.

Hadir sama ialah Pengerusi Penganjur ‘Sibu Tradex’ Tiong Chiong Ong, Setiausaha MPS Hii Chang Kee, Eksekutif Lembaga Pelanconga­n Sarawak (STB) Sibu Rudy Anoi serta yang lain.

Menurut Sim, atas kesungguha­n dan sokongan semua pihak termasuk sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO), BCF dapat dijalankan setiap tahun dengan jayanya.

“Diharap acara ini akan berterusan setiap tahun tanpa sebarang kegagalan,” jelasnya sambil menambah tarikan lain untuk bandar Sibu adalah makanan.

Beliau memberitah­u, satu konvensyen yang akan menghimpun penjaja-penjaja makanan dari Sarawak, Sabah dan Semenanjun­g Malaysia akan diadakan pada pertengaha­n bulan November ini.

Pada masa sama, katanya, satu pesta makanan juga akan diadakan yang akan menjual pelbagai jenis makanan serta minuman.

Menyentuh mengenai Sibu Tradex 2014, Sim berkata ekspo terbabit semakin mendapat sambutan daripada peserta dan orang ramai.

“Kali ini, peserta datang dari seluruh negeri serta menawarkan pelbagai produk. Kita berharap peserta dapat mempromosi­kan produk serta teknologi yang lebih mesra alam,” tambah beliau.

 ??  ?? RASMI: Sim (dua kanan) melakukan simbolik perasmian‘Sibu Tradex’2014 sambil diperhatik­an oleh Hii (kanan) serta yang lain.
RASMI: Sim (dua kanan) melakukan simbolik perasmian‘Sibu Tradex’2014 sambil diperhatik­an oleh Hii (kanan) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia