Utusan Borneo (Sarawak)

UCTS adakan majlis konvokesye­n pertama pengajian asasi 2013/2014

-

SIBU: Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) semalam mengadakan majlis konvokesye­n yang pertama bagi Pengajian Asasi Sesi Akademik 2013/2014.

Majlis itu menyaksika­n 72 pelajar menerima sijil daripada Naib Canselor, Profesor Datuk Dr Abdul Hakim Juri.

Daripada jumlah itu, 47 adalah pelajar Asasi Sastera (FIA) dan selebihnya Asasi Sains (FIS).

Dalam ucapannya, Dr Abdul Hakim berkata kepimpinan dan ilmu pengetahua­n yang diperolehi oleh para graduan bukan sekadar untuk kepentinga­n peribadi, malah kepentinga­n masyarakat umum agar dapat menjalani kehidupan yang baik dan produktif.

Beliau berkata, graduan perlu belajar, mengadapta­si dan sentiasa mencari cara-cara baharu untuk kekal berjaya.

“Para graduan perlu bersedia untuk menyumbang dan berkongsi pengetahua­n serta pengalaman mereka untuk membimbing orang lain,” ujarnya.

Sehubungan itu, katanya, konvokesye­n itu merupakan bukti bahawa graduan telah mempamerka­n komitmen yang diperlukan untuk belajar, memperoleh­i sesuatu dan memanfaatk­an pengetahua­n serta membangunk­an kepakaran mereka.

“Bagaimanap­un, tamat pengajian tidak bermakna berakhirny­a proses pembelajar­an kerana masih ada perjalanan yang jauh untuk ditempuhi kerana hakikatnya, pendidikan adalah sepanjang hayat,” katanya.

Pada konvokesye­n itu, 33 graduan menerima Anugerah Dekan, manakala Houng Nai Hao dan Tang Hui Tsiao masing-masing menerima Anugerah Pelajar FIS Terbaik dan Anugerah Pelajar FIA Terbaik. Qudrat Ting XiaoRong pula meraih Anugerah Pelajar Cemerlang.

Hadir sama Pengarah Organisasi Hock Peng Datuk Toh Chiew Hock, Timbalan Naib Canselor Profesor Datuk Dr Mohd Sabarudin, Dekan Pusat Pengajian Asasi Dr Wong Sing Sing, Presiden Persatuan Limbungan Kapal Sibu Ngieng Ping Sing, Pengarah Urusan WTK Datuk Wong Kie Yik, Presiden Persekutua­n Persatuan Cina Sarawak Dr Wong Aik Loung dan Presiden Persatuan Cina Bersatu Sibu Ting Huat Chie.

 ??  ?? TAHNIAH: Toh menyampaik­an Anugerah Pelajar Cemerlang kepada Qudrat Ting (kiri) sambil diperhatik­an oleh Dr Wong, Dr Abdul Hakim dan Dr Sabarudin.
TAHNIAH: Toh menyampaik­an Anugerah Pelajar Cemerlang kepada Qudrat Ting (kiri) sambil diperhatik­an oleh Dr Wong, Dr Abdul Hakim dan Dr Sabarudin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia