Utusan Borneo (Sarawak)

Karim tetap turun padang temui rakyat walau keracunan makanan

-

ASAJAYA: Walaupun mengalami sakit perut akibat keracunan makanan, Menteri Muda Pembanguna­n Belia (Bandar) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah tetap turun padang bertemu rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asajaya.

Beliau yang sudah dua hari mengalami cirit- birit tetap hadir ke Majlis Jom Berambeh Raya Bersama Pemimpin anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) di Kompleks Sukan Asajaya di sini semalam.

“Sebenarnya, saya masih mengalami sakit perut akibat keracunan makanan, hari ini (semalam) masuk dua hari, tetapi saya tidak mendapatka­n rawatan di hospital kerana kalau saya pergi ke hospital pasti akan ditahan untuk mendapatka­n rawatan sekali gus akan menyebabka­n saya tidak akan dapat datang ke majlis ini.

“Demi untuk bertemu rakyat di sini (Asajaya) saya tidak pergi ke hospital un- tuk mendapatka­n rawatan,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

Selain program itu, Karim memberitah­u beliau turut mempunyai dua lagi program lain juga di DUN Asajaya.

“Sekiranya saya pergi juga ke hospital pasti akan menghampak­an beberapa penduduk yang telah lama mengatur program untuk bertemu,” tambahnya lagi.

Justeru, beliau gembira melihat ramai tetamu yang datang pada majlis semalam yang dihadiri lebih 500 orang terdiri di kalangan ahli Rukun Tetangga Bahagian Samarahan.

Menyentuh mengenai program yang dianjurkan JPNIN itu, Karim juga Menteri Perumahan berkata, ia dapat dijadikan platform untuk menyatu dan mengukuhka­n perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum di situ.

Malah, katanya, ia dapat memberi peluang kepada komuniti untuk beramah mesra bersama pemimpin di kawasan mereka.

“Saya berharap usaha ini dapat diteruskan dalam kita memastikan kerjasama yang erat sentiasa terjalin di antara pemimpin dengan rakyat khasnya di akar umbi,” ujarnya.

Turut hadir, Pengarah JPNIN Sarawak Dirwana Azool.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia