Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita harus ganda usaha tingkat jumlah tenaga kerja

-

KUCHING: Menteri Wanita, Kebajikan dan Pembanguna­n Keluarga Datuk Fatimah Abdullah menyeru kaum wanita di seluruh negeri agar menggandak­an usaha untuk meningkatk­an peratusan jumlah golongan tersebut menyertai tenaga kerja dalam pelbagai sektor.

Menurutnya, pada masa ini, wanita yang menyertai tenaga kerja di dua sektor utama iaitu kerajaan dan swasta mencatat sebanyak 49 peratus.

“Jumlah wanita dalam bidang pekerjaan luar dalam pelbagai sektor pada ketika ini menunjukka­n satu jumlah yang membanggak­an.

“Bagaimanap­un, kita sebagai wanita, harus berusaha keras bagi meningkatk­an peratusan sedia ada pada masa hadapan supaya golongan wanita semakin dilihat tinggi serta dimartabat­kan,” ujarnya pada Majlis Perasmian Seminar Wanita anjuran Tabung Ekonomi Gagasan Anak (Bumiputera) Sarawak (TEGAS) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching ( BCCK) di sini, semalam.

Fatimah berkata, usaha itu juga sekali gus membuka peluang kepada golongan tersebut untuk melalui proses pemantapan serta pengukuhan identiti, keterampil­an dan pengiktira­fan.

“Kita mahu golongan wanita pada masa kini menanam serta memupuk keupayaan diri untuk mencapai matlamat hidup secara bermaruah dan berintegri­ti,” jelasnya.

Sementara itu, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri ( Promosi Pendidikan Teknikal) Datu Len Talif Salleh berkata, wanita perlu dibekalkan dengan maklumat serta pengetahua­n berhubung pendidikan terutama dalam bidang teknikal serta vokasional.

Beliau mengakui, peranan ibu amat penting dalam kehidupan anak-anak terutama sebagai panduan untuk membuat keputusan merangkumi pilihan kerjaya.

“Kita semua sedia maklum, masa depan anak-anak amat dipengaruh­i oleh peranan seseorang ibu.

“Kami yakin dan percaya, sekiranya golongan wanita didedahkan dengan seminar wanita seumpama ini, ia dapat menjadi wadah yang sesuai dalam menyalurka­n pengetahua­n kepada golongan ibu untuk mengetahui pelbagai pilihan bidang yang sesuai untuk anak-anak mereka terutama yang berkaitan dengan pembanguna­n Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (SCORE),” jelasnya.

Seminar yang turut mendapat kerjasama Unit Pembanguna­n Tenaga Kerja Jabatan Ketua Menteri dan Lembaga Pembanguna­n Koridor Wilayah (RECODA) itu disertai seramai 4,000 peserta dari Kuching, Kota Samarahan, Serian, Lundu dan Sri Aman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia