Utusan Borneo (Sarawak)

Kehadiran UPP lakar satu lagi sejarah negeri: Dr Jerip

-

KUCHING: Kehadiran Parti Rakyat Bersatu (UPP) menjadi satu lagi sejarah kepada negeri ini dalam usaha menyampaik­an khidmat kepada rakyat termasuk komuniti Bumiputera.

Ahli Jawatankua­sa Perintis UPP Datuk Dr Jerip Susil berkata, meskipun ia berasaskan kepada kaum Cina tetapi penyertaan Bumiputera juga amat penting.

“Hari ini (semalam) menjadi sejarah kepada kita kerana kita memulakan satu lembaran baharu iaitu ‘Permulaan Yang Baharu,’ yang merupakan permulaan untuk kita semua terus bersatu.

“Di sini, pemimpin kita tidak lagi melihat bangsa, warna kulit atau fahaman, bandar atau luar bandar, miskin atau kaya tetapi pada perjuangan bersama, di mana kita perlu melihat antara satu sama lain sebagai pasukan dalam seman- gat perpaduan,” ujarnya yang juga Menteri Muda Kesihatan Awam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bengoh berkata demikian pada Majlis Pelancaran UPP yang dihadiri oleh Pengerusi Jawatankua­sa Perintisny­a Dato Sri Wong Soon Koh yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembanguna­n Komuniti serta ahli Jawatankua­sa Perintis lain, ADUN Engklili Dr Johnical Rayong Ngipa, ADUN Opar Ranum Mina dan peguam George Lo di sini, semalam.

Menurut Dr Jerip, kehadiran UPP juga merupakan lembaran baharu kepada pembanguna­n negeri dan negara dan berharap penyertaan ramai pihak dalam parti itu nanti akan menjadi penyumbang kepada kejayaan mereka.

“Saya percaya walaupun banyak cabaran yang menanti pada masa hadapan, banyak laluan gelap yang kita kena lalui, kritikan perlu ditanggung, perbezaan pendapat untuk diselesaik­an serta kesilapan yang perlu diperbetul­kan, kita juga akan mencapai kemenangan,” tegasnya.

Beliau memberitah­u, dengan Dato Sri Wong Soon Koh sebagai Pengerusi Jawatankua­sa Perintis UPP, beliau yakin akan merangka lembaran baharu parti itu untuk terus maju ke hadapan.

Dr Jerip pada masa yang sama mengingatk­an agar sejarah yang dilakarkan itu tidak dicemari dengan perbalahan dalaman, ketamakan kuasa tetapi disertai dengan perpaduan dan keadilan kepada semua rakyat yang datang kepada parti itu.

“Kita mahu UPP menjadi sebahagian daripada penyumbang untuk membangunk­an rakyat pelbagai kaum di Sarawak yang telah hidup aman dan harmoni,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia