Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Rayong dipilih Pengerusi Protem UPP Cawangan Engkilili

-

ENGKILILI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnnical Rayong Ngipa dipilih sebagai Pengerusi Protem Parti Rakyat Bersatu (UPP) Cawangan N.28 Engkilili menerusi Mesyuarat Pemilihan Bahagian parti itu di pejabatnya di pekan Engkilili, kelmarin.

Manakala, Peter Jawi dipilih sebagai Ketua Pergerakan Pemuda dan Bulan Melina selaku Ketua Pergerakan Wanita UPP Bahagian Engkilili.

Dr Rayong berkata, seramai 2,500 ahli sudah memohon menyertai parti itu setakat ini.

“Kami terus mencari ahli dan sasaran kami mempelawa rakyat yang belum menyertai mana-mana parti Barisan Nasional (BN) untuk bersama kami.

“Lantaran itu, kami menetapkan sasaran 5,000 ahli dicapai dalam masa terdekat,” katanya.

Sehubungan itu, Dr Rayong melahirkan rasa terima kasih kepada rakyat DUN Engkilili kerana terus memberi kepercayaa­n kepadanya untuk meneraju UPP bagi Cawangan N.28 Engkilili.

“Saya berharap mereka terus berjuang bersama saya bagi memban- gunkan kawasan DUN Engkilili di bawah payung kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN),” ujar beliau.

Dalam mesyuarat pemilihan protem itu, para ahli sebulat suara mencadangk­an Dr Rayong untuk mempertaha­nkan kerusi DUN Engkilili atas tiket BN pada Pilihan Raya Negeri akan datang.

Pada masa sama, mereka menyatakan sokongan padu kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem.

Seramai 500 orang hadir pada mesyuarat tersebut.

 ?? — Gambar Kong Jun Liung ?? SOKONGAN SEPENUHNYA: Wong berjabat tangan dengan Lu (empat kiri) yang turut hadir memberi sokongan pada Majlis Pelancaran UPP, semalam. Turut kelihatan Ranum (dua kiri), Dr Rayong (tiga kiri) dan peguam George Lo (kiri), yang juga merupakan ahli...
— Gambar Kong Jun Liung SOKONGAN SEPENUHNYA: Wong berjabat tangan dengan Lu (empat kiri) yang turut hadir memberi sokongan pada Majlis Pelancaran UPP, semalam. Turut kelihatan Ranum (dua kiri), Dr Rayong (tiga kiri) dan peguam George Lo (kiri), yang juga merupakan ahli...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia