Utusan Borneo (Sarawak)

Bantu kanak-kanak memerlukan

Anak yatim, anak terbiar harus dijaga agar tidak berasa tersisih: Fatimah

- Oleh Connie Sylvia Mesa

MIRI: Kira-kira 25 peratus daripada penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah terdiri daripada kanakkanak melalui Skim Bantuan Kanak-kanak.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembanguna­n Keluarga Datuk Fatimah Abdullah

Oleh itu, kita perlu sedar bahawa ia adalah tanggungja­wab kerajaan dan masyarakat setempat untuk menjaga anak-anak tersebut kerana mereka tidak mempunyai tempat perlindung­an, selain

” kita. Datuk Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembanguna­n Keluarga

memberitah­u, penerima kanak-kanak terbabit adalah dari kalangan anak-anak yatim atau anak-anak terbiar.

“Oleh itu, kita perlu sedar bahawa ia adalah tanggungja­wab kerajaan dan masyarakat setempat untuk menjaga anak-anak tersebut kerana mereka tidak mempunyai tempat perlindung­an, selain kita.

“Bahkan, menjadi tanggungja­wab kita juga memastikan keperluan mereka diutamakan agar mereka tidak berasa tersisih,” ujarnya pada Majlis Seerat Kasih Seikhlas Budi Aidilfitri Meraikan Anak-Anak Kesayangan di Mega Hotel, Miri semalam.

Justeru, Fatimah berkata kerajaan memainkan peranan dalam memastikan semua rumah kebajikan di negeri ini sentiasa menepati syarat dan memenuhi keperluan kanakkanak terbabit.

Menurutnya, semua pihak turut berperanan dalam membantu kanak- kanak berkenaan agar mereka tidak berasa dipinggirk­an dalam masyarakat.

Beliau turut memuji usaha Mega Hotel, Miri dalam menganjurk­an majlis tersebut yang menunjukka­n bahawa hotel terbabit menitikber­atkan kebajikan serta memupuk hubungan erat dengan kanak- kanak dari rumah dan pusat kebajikan di sini.

“Seperti tahun-tahun sebelumnya, Mega Hotel melalui program amal ‘Sharing is Caring’ di bawah tanggungja­wab sosial korporat (CSR) ini amat dihargai khususnya menjelang musim perayaan sebegini,” katanya.

Bahkan, ujarnya, selain bertanggun­gjawab dalam memastikan kanak- kanak terbabit tidak tersisih daripada masyarakat, hotel tersebut turut menyediaka­n peluang pekerjaan kepada mereka untuk menjana pendapatan sampingan.

Dalam perkembang­an lain, Fatimah memberitah­u, kerajaan melalui program e- Kasih turut membantu golongan miskin di negeri ini keluar daripada kepompong kemiskinan.

Katanya, statistik e-Kasih menunjukka­n sejumlah 2,181 Ketua Isi Rumah (KIR) di Bahagian Miri yang dikategori­kan miskin dikeluarka­n daripada program tersebut setakat 11 Ogos lepas.

Menurutnya, angka tersebut adalah daripada jumlah keseluruha­n rakyat di Miri yang dicatatkan iaitu 5,078 KIR.

“Manakala selebihnya ialah 985 KIR dalam kategori miskin tegar, 1,312 KIR kategori miskin, manakala 600 KIR adalah mudah miskin daripada jumlah keseluruha­n 5,078 KIR,” jelasnya.

Katanya lagi, statistik di seluruh Sarawak pula mencatatka­n 33,156 KIR dikeluarka­n daripada kemiskinan daripada jumlah keseluruha­n 101,641 KIR.

Manakala, selebihnya ialah 27,134 KIR kategori miskin tegar, 31,356 KIR adalah miskin dan 9,995 KIR dalam kategori mudah miskin.

Majlis berkenaan dimeriahka­n oleh 190 kanak-kanak yang terdiri daripada 80 orang dari Kompleks Kebajikan Hamidah, Rumah Amal Anak Kesayangan Kami (30), Persatuan Penyayang KanakKanak Istimewa Lambir (25), Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Miri (40) dan Pusat Jagaan Harian Sunflower (15).

Hadir sama Pengerusi Soon Hup Group of Companies yang juga pemilik Mega Hotel Miri Datuk Ting Ong Hua, Penasihat Kehormat Persekutua­n Perkumpula­n Wanita Sarawak Datuk Ursula Goh, Pengurus Operasi Mega Hotel Javaerlyne John Jutie dan Pengurus Komunikasi Mega Hotel merangkap Pengerusi Pengelola Jenny Chen.

 ??  ?? UNTUKMU: Fatimah menyampaik­an hamper dan duit raya kepada salah seorang penerima sambil diperhatik­an tetamu yang lain pada Majlis Seerat Kasih Seikhlas Budi Aidilfitri Meraikan Anak-Anak Kesayangan di Miri, semalam.
UNTUKMU: Fatimah menyampaik­an hamper dan duit raya kepada salah seorang penerima sambil diperhatik­an tetamu yang lain pada Majlis Seerat Kasih Seikhlas Budi Aidilfitri Meraikan Anak-Anak Kesayangan di Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia