Utusan Borneo (Sarawak)

Regata Baram: Tidak perlu risau kesesakan di Jambatan Sg Arang

-

MIRI: Orang ramai dari Miri dan Bintulu yang berhasrat untuk mengunjung­i Marudi sempena Regata Baram 2014 tidak harus bimbang dengan kesesakan trafik di Jambatan Sungai Arang.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata, anggota polis akan diletakkan di sepanjang jambatan berkenaan bagi membantu memantau kesesakan trafik.

“Jambatan ini hanya satu laluan sahaja. Oleh itu, kita telah memohon kerjasama pihak polis untuk memantau kesesakan trafik bagi melancarka­n perjalanan pengunjung,” katanya di sini semalam.

Dennis berkata, 10,000 pengunjung dijangka akan berkampung di Marudi dari 22 hingga 24 Ogos ini terutama yang menggunaka­n jalan darat untuk menyaksika­n regata berkenaan.

Malahan, katanya, perkhidmat­an feri juga akan dipantau bagi memastikan keselamata­n dan kelancaran, selain harga caj perkhidmat­an feri dikekalkan.

“Harga caj perkhidmat­an feri masih dikekalkan iaitu RM15 untuk kereta dan tiada sebarang kenaikan harga perkhidmat­an sepanjang Regata Baram 2014 berlangsun­g,” jelasnya.

Mengulas mengenai perkhidmat­an yang terdapat di Marudi pula, Dennis berkata, semua hotel di pekan itu telah penuh ditempah lebih awal oleh pekerja minyak dan gas.

“Kita menasihatk­an pelawat bermalam di rumah sanak saudara atau keluarga terdekat kerana kita mendapati hotel di sini telah dipenuhi oleh pekerja minyak dan gas sejak beberapa bulan lalu,” katanya.

Perjalanan menggunaka­n jalan darat dari Miri ke Marudi kini hanya memakan masa selama hampir tiga jam.

Mengulas mengenai persiapan Regata Baram 2014, Dennis berkata pihaknya ketika ini sedang membantu semua pasukan bertanding untuk membawa masuk bot ke Sungai Marudi.

“Kita sedang sibuk melakukan persiapan rapi khasnya dalam membantu semua pasukan termasuk dari Brunei yang akan datang bersama bot masingmasi­ng,” jelasnya.

 ??  ?? DENNIS
DENNIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia