Utusan Borneo (Sarawak)

Kegiatan militan, keganasan di Malaysia terkawal

Pihak disyaki terlibat boleh ditahan di bawah SOSMA, polis berkuasa untuk pantau dan siasat bukti

- Oleh Sudan Ajang

MIRI: Pihak yang disyaki terlibat dalam kegiatan militan atau keganasan di negara ini boleh ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ini bagi membolehka­n pihak polis memantau dan menyiasat bukti berkaitan dengan individu atau kumpulan yang terlibat dalam aktiviti tersebut.

“Aktiviti keganasan dan militan di negara ini masih terkawal dan sehingga kini hanya tiga orang ditahan kerana kerana disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan di bawah SOSMA baru-baru ini,” ujarnya berucap pada Majlis Ramah-Tamah Hari Raya Aidilfitri anjuran Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Piasau di Eastwood Valley Gold and Country Club di sini, malam kelmarin.

Wan Junaidi berkata, kementeria­n mempunyai unit penyiasat khas di Kuala Lumpur bagi menangani dan memantau individu atau mana-mana kumpulan yang disyaki terlibat dalam aktiviti militan atau keganasan.

“Kita tahu mereka dan aktiviti mereka, namun buat masa ini kita belum mempunyai bukti kukuh. Tambahan pula mereka tidak melakukan sebarang kegiatan keganasan atau militan di negara ini,” katanya.

Berbanding Akta Keselamata­n Dalam Negeri (ISA) 1960, SOSMA mempunyai prosedur penahanan iaitu pihak berkuasa diberikan tempoh 28 hari untuk menahan seseorang suspek bagi tujuan siasatan. Selepas tempoh itu, suspek hendaklah dibawa ke mahkamah di mana suspek boleh didakwa atau dibebaskan.

Akta ini juga memberi kuasa mutlak kepada polis untuk mengumpul bahan bukti serta memintas maklumat komunikasi tanpa waran mahkamah.

Dalam perkembang­an berkaitan, Wan Junaidi menafikan sebahagian kawasan di Malaysia khususnya Putrajaya menjadi sasaran penganas.

Beliau turut mengingatk­an ahli- ahli parti khususnya golongan ibu bapa agar sentiasa memantau dan menga- wasi pergerakan serta aktiviti anak-anak mereka.

“Sebagai ibu bapa, kita harus sedar dan tahu mengapa anak-anak kita melanjutka­n pelajaran di luar negara seperti Timur Tengah. Jangan biarkan mereka terpengaru­h dan terpedaya dengan anasir luar yang boleh menjejaska­n nama baik negara,” katanya sambil menambah keban-

Aktiviti keganasan dan militan di negara ini masih terkawal dan sehingga kini hanya tiga orang ditahan kerana kerana disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan di bawah SOSMA baru-baru

” ini. Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar Timbalan Menteri Dalam Negeri

yakan pengambila­n pejuang jihad dilakukan melalui laman sosial seperti Facebook, Twitter dan blog.

Sebaliknya, tegas Wan Junaidi, mereka harus memahami maksud jihad yang sebenar dalam perjuangan Islam serta berlandask­an fatwa dan ajaran Islam di sesebuah negara.

“Fahami maksud tersirat di sebalik jihad dan jangan terpengaru­h dengan emosi kerana ia boleh mendorong melakukan perkara yang tidak baik. Jihad itu luas dan tidak semestinya dilakukan melalui senjata,” katanya.

Sebagai contoh, katanya, kumpulan jihad Islamic State of Iraq and Syria (ISIS) yang dianggap sebagai pengganas oleh dunia luar.

“Mereka mempunyai in- terpretasi yang berbeza mengenai ajaran Islam dan percaya mereka adalah mulia dan orang lain harus mengikut mereka. Golongan Kristian dan kumpulan minoriti di Iraq dipaksa menukar agama dan membayar cukai dan jika tidak, mereka akan ditangkap dan dipaksa meninggalk­an Iraq,” jelasnya.

Justeru, tambah Wan Junaidi, mereka harus mengkaji punca sebenar konflik sebelum melancarka­n jihad untuk tujuan yang salah.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang, Residen Miri Anthonio Khati Galis, Timbalan Datuk Bandar Miri Mohd Chee Kadir dan Pengerusi PBB Piasau Kaunselor Sardon Zainal.

 ??  ?? BERHARI RAYA: Wan Junaidi (berdiri kanan di belakang) bergambar bersama tetamu dan ahli-ahli PBB yang lain pada Majlis RamahTamah Hari Raya Aidilfitri anjuran PBB Piasau, malam kelmarin.
BERHARI RAYA: Wan Junaidi (berdiri kanan di belakang) bergambar bersama tetamu dan ahli-ahli PBB yang lain pada Majlis RamahTamah Hari Raya Aidilfitri anjuran PBB Piasau, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia