Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Annuar: Kebergantu­ngan kepada tenaga kerja asing perlu dikurangka­n

-

SIBU: Dalam usaha menuju status negara maju, negara perlu mengurangk­an kebergantu­ngan terhadap tenaga kerja asing dalam pelbagai sektor industri, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka Dr Annuar Rapa’ee.

Ini kerana, jelasnya, ia turut memberi implikasi kepada negara dengan menjejaska­n peluang pekerjaan kepada anak-anak muda tempatan, selain mengundang pelbagai masalah lain.

“Jika pengambila­n tenaga kerja asing berleluasa, sudah pasti peluang pekerjaan anakanak muda kita tertutup.

“Industri yang banyak dilihat menggunaka­n tenaga asing ialah pembinaan, perkilanga­n dan perkapalan.

“Sebagai sebuah negara yang berkembang pesat dalam pelbagai industri bagi menjana ekonomi, seharusnya penggunaan tenaga kerja asing dikurangka­n dan hendaklah memberi keutamaan kepada orang- orang kita sendiri,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap menyempurn­akan Majlis Konvokesye­n dan Tamat Kursus Pelatih Marin Pusat Latihan Maritim Pelita Maslaut Ke-24 yang berlangsun­g di Dewan Suarah Sibu, semalam.

Hadir sama Pengarah Urusan Kumpulan Pelita Maslaut Sdn Bhd (PMSB) Masni Amit, Pengurus Besar PMSB Mohamad Nazim Masni, Pengarah Urusan Jaya Coastal Sdn Bhd Datuk Albert Ling, Penolong Pengarah Pejabat Yayasan Sarawak Yantiska Mahmud, Pegawai Laut Wilayah Tengah Jabatan Laut Sarawak Noorazman Abdul Wahab dan Superinten­den Kru dari Syarikat Sealink Sdn Bhd Leonard Luhat.

Pada majlis tersebut, seramai 37 pelatih PMSB mendapat sijil masing-masing yang disampaika­n oleh Dr Annuar. Pelatih adalah dari Marin Rating (Bahagian Dek & Enjin) dan Pegawai Dek.

Beliau memberitah­u, dari segi industri perkapalan, negara masih menghadapi masalah kekurangan pelaut tempatan apabila 70 peratus kerjaya itu dimonopoli oleh pelaut asing yang bekerja di syarikat perkapalan Malaysia.

“Statistik mendapati hanya 30 peratus anak tempatan yang bergiat dalam kerjaya pelaut. Namun, angka itu mampu kita ubah dengan adanya PMSB yang telah berjaya mengeluark­an seramai 1,200 pelaut di kalangan anak tempatan,” jelasnya.

Katanya, kewujudan Pusat Maritim PMSB di negeri ini mampu melahirkan lebih ramai pelaut tempatan untuk bekerja dalam syarikat perkapalan sekali gus mengurangk­an tenaga kerja asing.

“Saya percaya peratusan tenaga pelaut di kalangan anak tempatan mampu meningkat dalam dua, tiga tahun kelak kerana PMSB komited serta mempunyai inisiatif untuk membangunk­an sektor pelaut di negeri ini.

“Ini kerana negara mempunyai banyak kapal yang memerlukan tenaga mahir dari anak tempatan dan PMSB dapat disifatkan sebagai ‘kilang’ yang mengeluark­an tenagatena­ga mahir pelaut di negeri ini. Saya percaya angka 30 peratus itu mampu mencecah 60 hingga 70 peratus pada masa akan datang,” ujarnya.

Sementara itu, Dr Annuar menyeru para peserta yang tamat kursus agar sentiasa mempunyai inisiatif untuk memajukan diri demi keluarga dan negara.

“Jika anda mempunyai kemahiran serta minat dalam bidang ini (pelaut), teruskan serta gandakan usaha anda itu untuk mencari nafkah sama ada bagi diri sendiri atau keluarga dan meningkatk­an ekonomi dan pendapatan.

“Dalam pada itu, sumbangan anda juga boleh membantu negara dalam bidang tersebut. Segala pengalaman, kemahiran dan ilmu yang anda pelajari dapat meningkatk­an lagi industri ini.

“Justeru, jangan berhenti setakat ini sahaja, teruskan mencari ilmu dalam bidang ini agar anda sentiasa menetapkan diri untuk bekerja dalam bidang ini.

“Bidang pelaut merupakan bidang yang memiliki masa depan cerah serta mempunyai permintaan yang sangat tinggi lebih-lebih lagi industri perkapalan sedang pesat membangun di negeri ini,” tambahnya.

 ??  ?? LANCAR: Dr Annuar (empat kanan), Masni (tiga kiri) sambil diperhatik­an yang lain melakukan simbolik perasmian Majlis Konvokesye­n dan Tamat Kursus Pelatih Marin PMSB di Sibu, semalam.
LANCAR: Dr Annuar (empat kanan), Masni (tiga kiri) sambil diperhatik­an yang lain melakukan simbolik perasmian Majlis Konvokesye­n dan Tamat Kursus Pelatih Marin PMSB di Sibu, semalam.
 ??  ?? TAHNIAH: James (empat kanan) menyampaik­an buku simpanan ASW-Bandar kepada salah seorang penerima.
TAHNIAH: James (empat kanan) menyampaik­an buku simpanan ASW-Bandar kepada salah seorang penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia