Utusan Borneo (Sarawak)

Pasaran pekerjaan amat mencabar

Pemohon perlu hadapi persaingan tinggi khidmat dalam sektor awam

- Oleh Kepu Sidi

SARATOK: Mencari pekerjaan adalah suatu perkara yang amat mencabar dan memerlukan penuh kesabaran, kata Menteri Pembanguna­n Sosial Tan Sri William Mawan Ikom.

Menurut beliau, situasi ini berlaku berikutan persaingan tinggi di kalangan pencari pekerjaan yang kian bertambah setiap hari.

“Perkara ini harus disedari oleh generasi kini dan mereka harus melengkapk­an diri dengan sebaiknya untuk menghadapi persaingan sekiranya ingin mendapatka­n pekerjaan pilihan mereka dan berjaya pada masa depan.

“Selain mendapat keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik, mereka sewajarnya tahu dan peka akan pasaran pekerjaan semasa.

“Oleh yang demikian adalah amat penting bagi mereka berfikiran jauh dan mengambil keputusan bijak terutama apabila melanjutka­n pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) dengan memilih kursus dan bidang yang berpotensi tinggi serta menyediaka­n banyak peluang pekerjaan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada perasmian Majlis Taklimat Kerjaya dan Program ‘ Outreach’ Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam (SPA) dan Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak ( SDNU), semalam.

Program yang dianjurkan oleh SDNU dengan kerjasama

Perkara ini harus disedari oleh generasi kini dan mereka harus melengkapk­an diri dengan sebaiknya untuk menghadapi persaingan sekiranya ingin mendapatka­n pekerjaan pilihan

depan.” mereka dan berjaya pada masa Tan Sri William Mawan Ikom Menteri Pembanguna­n Sosial

SPA itu berlangsun­g di Dewan Rumah Dayak Saratok.

Mawan berkata, golongan belia khasnya mereka yang sedang mencari pekerjaan harus peka dengan perkembang­an semasa dan persekitar­an mereka jika ingin berjaya mendapat tempat utama dalam pasaran pekerjaan.

“Dewasa ini, peluang untuk mencari pekerjaan amat mudah untuk dipantau kerana teknologi yang cepat, mudah dan canggih.

“Oleh yang demikian, kita berharap kemudahan ini dapat dimanfaatk­an sebaiknya oleh golongan ini. Layari kemudahan teknologi maklumat (IT) untuk mencari peluang pekerjaan yang ada, bukannya menggunaka­n kemudahani­tu dengan melayari maklumat yang tidak berfaedah.

“Pada masa yang sama, kita berharap dengan pengetahua­n yang telah diperolehi pada sesi taklimat pada kali ini, golongan ini akan mampu mencapai impian mereka serta mendapat pekerjaan yang sempurna,” ujar Mawan.

Sementara itu, Setiausaha Bahagian SPA Malaysia Cawangan Sarawak, Abdul Halim Abang Naili pada majlis yang sama berkata, pihak SPA mengamalka­n pendekatan turun padang dan bekerjasam­a dengan pertubuhan dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk menambah bilangan permohonan daripada kaum Dayak.

“Usaha pertama kita ialah dengan menganjurk­an progam seperti ini di seluruh pelosok negeri, khususnya di kawasan luar bandar.

“Antara langkah yang diambil termasuk membantu para pemohon untuk membuat pendaftara­n dengan SPA, menyediaka­n tip-tip mengisi permohanan secara ‘online,’ memberikan panduan semasa menjalani sesi temu duga dan beberapa bantuan lain.

“Langkah ini bertujuan untuk menarik dan menambah lebih ramai kaum Dayak dan Bumiputera amnya untuk mendaftar dengan SPA dalam usaha merebut peluang berkhidmat dalam sektor awam,” jelasnya.

Tambah Abdul Halim, di negeri ini khasnya, peluang untuk masyarakat berkhidmat dalam perkhidmat­an awam adalah amat luas.

“Sungguhpun demikian, saingan di antara pemohon adalah begitu sengit sekali.

“Jadi, dalam memastikan pemohon mampu bersaing dalam bentuk yang sihat serta berjaya merebut peluang yang ada, mereka harus mempersiap­kan diri dengan beberapa perkara seperti memiliki ilmu pengetahua­n am yang luas, pencapaian akademik baik, bermakluma­t dan mempunyai jati diri,” ujarnya lagi.

Pada majlis itu, Mawan yang juga Ahli Parlimen Saratok menyampaik­an cek bernilai RM5,000 kepada SDNU Cawangan Saratok, manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian Ali Biju menghulurk­an sumbangan wang tunai RM1,000 kepada jawatankua­sa pengelola majlis.

Turut hadir Pengerusi Pengelola SDNU Anthony Banyang, Ketua Eksekutif Symas Management Services Dr Thomas Buan, Pegawai Daerah Saratok Mohd Ikmal Abdullah serta kira-kira 250 peserta program dan pencari pekerjaan.

 ??  ?? TANDA KENANGAN: Mawan menerima cenderamat­a daripada Abdul Halim pada Majlis Taklimat Kerjaya dan Program ‘Outreach’ SPA dan SDNU, semalam.
TANDA KENANGAN: Mawan menerima cenderamat­a daripada Abdul Halim pada Majlis Taklimat Kerjaya dan Program ‘Outreach’ SPA dan SDNU, semalam.
 ??  ?? MENGHIBURK­AN: Persembaha­n fesyen oleh kanak-kanak pada Hari Taska, Jom! Raya di Taska Peringkat Bahagian Bintulu semalam.
MENGHIBURK­AN: Persembaha­n fesyen oleh kanak-kanak pada Hari Taska, Jom! Raya di Taska Peringkat Bahagian Bintulu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia