Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan BN perlu bukti tidak pinggir kaum tertentu, kata DIG

-

KUCHING: Kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu membuktika­n bahawa mereka tidak meminggirk­an kaum tertentu dalam polisi pembanguna­nnya, kata jurucakap Dayak Informal Group (DIG) Richard Lias.

“Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman dalam kenyataann­ya berkata tuduhan bahawa kerajaan BN meminggirk­an kaum tertentu dalam polisi pembanguna­n adalah tidak benar dan tidak adil kepada kerajaan negeri.

“DIG berpendapa­t, kerajaan perlu bersikap lebih tulus dalam menyatakan faktafakta untuk membuktika­n kejujuran dan keikhlasan mereka.

“Kenyataan sahaja adalah sukar untuk dipercayai. Tanpa bukti kukuh adalah sukar untuk kami menerima bahawa tiada kaum tertentu dipinggirk­an dalam polisi pembanguna­n kerajaan BN,” kata Richard menerusi satu kenyataan semalam.

Mengambil contoh pengurusan Yayasan Sarawak, Richard berkata ia adalah satu contoh yang jelas memperliha­tkan bahawa kaum Dayak dipinggirk­an.

Satu lagi contoh yang dapat dilihat ialah Lembaga Pembanguna­n dan Lindungan Tanah ( LCDA) yang ditubuhkan pada tahun 1981 dengan objektif untuk menjadi pemangkin dalam pembanguna­n tanah.

“Jika anda lihat dalam barisan pengurusan LCDA yang diterbitka­n dalam laman web LCDA, anda akan lihat semua pengurus kanan adalah dari satu kumpulan etnik.

“Inikah yang dikatakan sebagai keterangku­man? Kami boleh gunakan perkataan yang lebih kasar lagi daripada dipinggirk­an.

“Bagaimanap­un kami tidak sampai hati untuk itu kerana kami hormat pada Ketua Menteri dan percaya beliau lebih berfikiran terbuka dan inklusif,” ujar Richard.

Tambah Richard lagi, Daud yang juga Naib Presiden PBB berkata membangkit­kan isu perkauman hanya akan menimbulka­n ketegangan di kalangan rakyat dan menggugat kestabilan politik di Sarawak.

“Ini bukan soal membangkit­kan isu perkauman tetapi mempromosi­kan keadilan kepada semua kaum.

“Malah Daud berkata kumpulan tertentu yang berasa terpinggir adalah disebabkan mereka tidak melakukan yang terbaik atau bekerja keras untuk berjaya.

“Mana boleh beliau (Daud) berkata rakyat tidak bekerja keras untuk mempertaha­nkan diri sendiri?

“Kami mahu mengekalka­n konsep di mana tiada berlakunya dasar pecah dan perintah. Kami mahu perpaduan dalam negeri untuk memastikan negeri terus makmur,” kata Richard.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia