Utusan Borneo (Sarawak)

Hari Taska platform efektif untuk pupuk persefaham­an

-

BINTULU: Hari Taska yang diraikan pada 8 Ogos setiap tahun merupakan platform efektif untuk memupuk persefaham­an di antara ibu bapa dan warga taska sekali gus memastikan kualiti pusat asuhan itu menjadi keutamaan.

Residen Bahagian Bintulu Muhamad Yakup Kari berkata, dengan bertemakan ‘Memastikan Hak Kanakkanak Untuk Pengasuhan Berkualiti,’ ia memberi keutamaan kepada hak kanakkanak untuk mendapat keselamata­n dan persekitar­an kondusif bagi pembanguna­n diri secara holistik bersama pengasuh, ibu bapa dan masyarakat.

Justeru, katanya, sambutan Hari Taska bukan sekadar memfokuska­n kepada penganjura­n Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri, tetapi mempelbaga­ikan sambutan antaranya sambutan hari jadi untuk kanak-kanak serta warga kerja Taska dan acara patriotik.

“Ia bertujuan untuk menyuburka­n rasa cinta terhadap negara sempena sambutan Hari Kemerdekaa­n, keprihatin­an terhadap isu kemanusiaa­n di Gaza dan tragedi MH370 dan MH17 dalam kanak-kanak dan ibu bapa,” ujarnya pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Taska, Jom! Raya di Taska Peringkat Bahagian Bintulu yang diwakili oleh Timbalan Residen ( Sosial) Richard Michael Abunawas di Auditorium Perpustaka­an Awam BDA, semalam.

Muhamad Yakup berkata, dengan penganjura­n program seumpamany­a akan memberi ruang dan peluang kepada kanak-kanak, ibu bapa dan komuniti setempat untuk terlibat sama dalam pelbagai aktiviti yang diadakan.

Beliau berkata, usaha Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia membawa 2,000 penyertaan Taska seluruh negara untuk diiktiraf dalam Malaysia Book of Records diharap dapat meningkatk­an kesedaran dan kepentinga­n kualiti pengasuhan untuk kanak- kanak sebagai aset kepada negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia