Utusan Borneo (Sarawak)

Tolak pembangkan­g masuk Tupong

Hanya BN yang dapat menjaga, perjuangka­n kepentinga­n rakyat: Daud

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman mahu melihat pembangkan­g dikosongka­n dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tupong pada Pilihan Raya Negeri akan datang.

Berucap pada Majlis Penyerahan Geran Gereja St John, Kampung Sagah di sini malam kelmarin, Daud yang juga ADUN Tupong mengingatk­an rakyat khasnya di kawasan Tupong agar menolak kehadiran pembangkan­g di kawasan mereka.

“Apabila pembangkan­g memasuki kawasan kita, mereka mula memperbesa­rkan isu-isu tanpa melakukan apa-apa.

“Tetapi Barisan Nasional (BN) adalah sebaliknya dan hanya BN yang dapat membantu rakyat sejajar dengan matlamatny­a yang menjaga dan memperjuan­gkan kepentinga­n rakyat,” ujar Daud.

Mengambil contoh kemelut yang berlaku dalam kalangan pembangkan­g di Selangor, Daud berkata pemimpin pembangkan­g berebut antara satu sama lain untuk menyandang jawatan Menteri Besar.

Namun, katanya, hal sedemikian tidak berlaku di Sarawak kerana semua rakyat tahu bahawa Ketua Menteri baharu Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem adalah Ketua Menteri untuk semua kaum dan bukannya Melayu sahaja.

Justeru, beliau mengingatk­an rakyat agar tidak memperjudi­kan keharmonia­n yang sedang dinikmati ketika ini dengan membenarka­n pembangkan­g memasuki kawasan mereka dan meracuni pemikiran mereka.

Terdahulu pada majlis itu, Daud berkata geran berjumlah RM100,000 yang diberikan kepada Gereja St John, Kampung Sagah membuktika­n bahawa kerajaan BN tidak pernah mengabaika­n kepentinga­n rakyat termasuk di kampung itu.

Katanya, sebagai wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat, adalah menjadi tanggungja­wab beliau untuk memastikan kepentinga­n rakyat dijaga dengan sebaiknya.

“Semua rakyat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama mempunyai hak untuk mendapatka­n geran daripada kerajaan.

“Saya harap jawatankua­sa gereja akan menggunaka­n geran ini dengan sebaiknya terutama dalam memperbaik­i tahap pendidikan di kalangan anak-anak di kampung ini,” ujar Daud.

Mengulas mengenai geran

Tetapi Barisan Nasional (BN) adalah sebaliknya dan hanya BN

yang dapat

membantu rakyat

sejajar dengan

matlamatny­a

yang menjaga dan memperjuan­gkan

“kepentinga­n rakyat. Datuk Daud Abdul Rahman ADUN Tupong

tersebut, ia akan digunakan untuk menaik taraf bangunan lama Gereja St John, Kampung Sagah untuk dijadikan sebagai dewan yang akan digunakan bagi pelbagai aktiviti.

Anggaran kos bagi kerjakerja menaik taraf dewan itu ialah sekitar RM288,000 dan Daud telah bersetuju untuk meluluskan tambahan geran sejumlah RM150,000 lagi tahun depan.

Turut hadir, Ketua Kaum Kampung Sagah Vincent Agen John, Pengerusi Gereja St John Kampung Sagah Wilfred Benjamin serta yang lain.

 ??  ?? GERAN: Daud (dua kiri) menyampaik­an cek geran bernilai RM100,000 kepada Wilfred bagi membiayai kerja-kerja menaik taraf Dewan Gereja St John Kampung Sagah, Singai malam kelmarin.
GERAN: Daud (dua kiri) menyampaik­an cek geran bernilai RM100,000 kepada Wilfred bagi membiayai kerja-kerja menaik taraf Dewan Gereja St John Kampung Sagah, Singai malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia