Utusan Borneo (Sarawak)

SE SCo lapor polis setiap kes kecurian elektrik

-

KUCHING: Syarikat SESCo Berhad ( SESCo) akan melaporkan kepada polis setiap kes kecurian elektrik untuk diambil tindakan undang-undang sejajar dengan polisi dan prosedur operasi standard syarikat itu.

Menurut jurucakapn­ya, laporan polis dibuat pada hari yang sama apabila juruteknik mengesan dan mendapati terdapatny­a kecurian elektik untuk siasatan segera.

“Ini adalah wajib kerana mengubah suai meter adalah satu jenayah yang serupa dengan bentuk jenayah lain,” katanya menerusi kenyataan akhbar di sini kelmarin.

Jurucakap SESCo menegaskan, laporan sedemikian dibuat agar polis dapat menyiasat dan pendakwaan dapat dibuat di mahkamah.

Sejak beberapa bulan lalu, pasukan pemeriksaa­n meter SESCo menghadapi kesukaran menjalanka­n operasi pemeriksaa­n meter.

“Beberapa insiden mencemaska­n berlaku di Miri termasuk perbuatan merosakkan kenderaan SESCo.

“Semua insiden ini telah dilaporkan kepada polis untuk siasatan,” jelasnya.

Jurucakap SESCo menam- bah, polis memandang serius kes itu dan menyiasat dengan terperinci dan untuk itu SESCo menjalanka­n operasi pemeriksaa­n meter di negeri ini kerana kerugian tahunan akibat kecurian elektrik masih begitu tinggi iaitu RM60 juta.

Selain kerugian dari segi kewangan, SESCo juga bimbang mengenai keselamata­n pendawaian yang diubah suai kerana dalam kebanyakan kes didapati tidak selamat bagi penghuni dan orang ramai.

Ia boleh menyebabka­n kejutan elektrik dan malah kebakaran,” ujarnya.

SESCo akan terus bekerja sama dengan Unit Inspektora­t Elektrik (EIU) dari Kementeria­n Kemudahan Awam, polis dan agensi lain kerajaan termasuk Suruhanjay­a Rasuah Malaysia (SPRM) dalam usaha membantera­s kecurian elektrik.

Justeru, SESCo mengingatk­an orang ramai mencuri tenaga elektrik adalah satu kesalahan berat yang harus dipandang mudah kerana adalah jenayah bahaya yang boleh dikenakan hukuman di bawah Ordinan Tenaga Elektrik Seksyen 33( 5) yang membawa hukuman penjara lima tahun atau denda sebanyak RM100,000 atau kedua- duanya.

 ??  ?? MERUGIKAN: Antara pendawaian haram untuk mencuri elektrik.
MERUGIKAN: Antara pendawaian haram untuk mencuri elektrik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia