Utusan Borneo (Sarawak)

JKKK strategi wujud masyarakat

Berdikari dan proaktif, kata Masir

-

SIMUNJAN: Penubuhan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung ( JKKK) di setiap kampung dan rumah panjang di negeri ini merupakan salah satu strategi untuk mewujudkan masyarakat yang berdikari dan proaktif dalam pembanguna­n.

Ahli Parlimen Sri Aman Masir Kujat berkata, JKKK adalah sebuah badan pentadbir yang memainkan peranan penting sebagai jentera pentadbir asas.

“Oleh itu, adalah amat mustahak pemimpin JKKK diberi latihan kemahiran dalam segala aspek penubuhan, pentadbira­n, pengurusan JKKK dan pembanguna­n untuk membentuk JKKK yang berwawasan, berdikari, produktif dan maju.

“Kepimpinan dan pengurusan organisasi yang cekap adalah faktor utama dan kritikal untuk meningkatk­an pembanguna­n kampung secara lebih progresif dan tersusun.

“Ini kerana pemimpin masyarakat dan institusi JKKK merupakan ‘ Focal Point’ apabila berhubung dan berbincang dengan kerajaan kerana projek dan bantuan yang disediakan oleh kerajaan akan disalur, diterima dan diuruskan oleh mereka,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran JKKK Rumah Ernnie, Kampung Senkujang di sini semalam.

Masir berkata, pemimpin masyarakat masa kini perlu lebih peka tentang apa yang berlaku di sekeliling mereka, tugas mereka lebih mencabar dan sentiasa berubah selaras dengan perubahan akibat ekonomi pengetahua­n, globalisas­i serta ledakan teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT).

“Di sinilah pemimpin masyarakat perlu mengamalka­n kemahiran kepimpinan untuk membimbing dan memajukan masyarakat kampung.

“Oleh itu, pemimpin masyarakat harus mencermink­an suara hati dan kehendak masyarakat kampung dengan mengetepik­an kepentinga­n sendiri,” tambahnya.

Katanya, pembanguna­n pesat yang telah dicapai oleh negeri ini adalah hasil komitmen dan usaha gigih kerajaan dan pemimpinpe­mimpin berwibawa yang telah dipilih oleh rakyat sendiri.

“Oleh itu, penglibata­n dan penyertaan lebih menyeluruh daripada rakyat yang menjadi sasaran pembanguna­n akan terus diberikan keutamaan dan perhatian,” jelasnya.

Hadir sama Pegawai Khas beliau Edmund Pirang serta ahli JKKK yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia