Utusan Borneo (Sarawak)

Swinburne terus diiktiraf antara 400 universiti terkemuka dunia

-

KUCHING: Untuk tiga tahun berturut- turut, Swinburne University of Technology di Melbourne dinamakan sebagai salah sebuah daripada 400 universiti terkemuka dunia oleh Academic Ranking of World Universiti­es 2013 (ARWU).

Sebagai universiti antarabang­sa yang terkenal dengan penyelidik­an, pendidikan berkualiti tinggi dan kerjasama industri inovatif, Swinburne University of Technology Kampus Sarawak di Kuching merupakan satusatuny­a kampus cawangan antarabang­sa.

Swinburne diiktiraf ARWU dalam 400 terbaik sejak 2012 dan 500 terbaik sejak 2009.

Ia turut meningkat dari pencapaian dalam bidang Fizik dan menyertai Australian National University (ANU) sebagai 75 universiti terbaik dalam disiplin berkenaan.

Timbalan Naib Canselor ( Penyelidik­an dan Pembanguna­n) Profesor George Collis berkata, keputusan itu menunjukka­n Swinburne mengekalka­n status dalam ranking dunia dan universiti berteraska­n penyelidik­an.

“Ia mencermink­an tumpuan kita mengenai kualiti dan pengiktira­fan menerusi kerja terbaik penyelidik­an.

“Kita perlu mengekalka­n ranking keseluruha­n dan mengukuhka­n Fizik untuk menghadapi saingan antarabang­sa yang semakin berkembang pesat,” katanya.

Sebagai contoh, jelasnya, penyelidik­an terkemuka dunia oleh Swinburne merangkumi pakar Fizik dari Pusat Mikrofoton­ik Swinburne membangunk­an filem nipis oksida ‘graphene’ yang menampilka­n potensi untuk telekomuni­kasi ‘ultrafast.’

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia