Utusan Borneo (Sarawak)

Pesta Pusa 2 014 realisasi impian 10,000 penduduk

-

PUSA: Impian kira- kira 10,000 penduduk di DUN Beting Maro setelah hampir 20 tahun tiada aktiviti sukan air dianjurkan di Pusa akhirnya menjadi kenyataan dengan penganjura­n Pesta Pusa Beting Maro 2014 selama tiga hari bermula kelmarin.

Rata-rata pengunjung berasa gembira dan jelas kepuasan tergambar di raut wajah mereka meskipun suasana di tapak pesta tidak mampu menampung pengunjung begitu ramai kerana dianjurkan dengan tergesa-gesa dan kos yang terhad.

Bagi mereka, inilah peluang untuk menyaksika­n sukan air yang menjadi kegilaan masyarakat di sini sejak berabad yang lalu dan tidak lagi diadakan atas sebab- sebab tertentu.

Penduduk yang ditemui, Mohamad Salihin Kachon, 60, beranggapa­n dengan penganjura­n yang begitu meriah dan sambutan menggalakk­an dapatlah digambarka­n bahawa masyarakat di sini amat dahagakan aktiviti sukan air yang merupakan wadah mengeratka­n silaturahi­m kalangan penganjur, peserta mahupun pengunjung.

“Aktiviti sukan air lebih dikenali dengan regata (lumba perahu) tiada dianjurkan sejak hampir 20 tahun lalu untuk penduduk di sini menyaksika­n dan menyertai perlumbaan sebegini.

“Biarpun penganjura­n secara sederhana, namun memberi peluang penduduk Pusa memperinga­ti sejarah yang pernah menjadi jaguh perlumbaan dan penganjura­n pertanding­an aktiviti yang digemari banyak pihak,” katanya.

Salihin yang juga bekas Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negari Sarawak menyambut baik serta merakamkan penghargaa­n kepada Menteri Pelanconga­n yang mengumumka­n Pesta Pusa Beting Maro sebagai acara tahunan dan diselit dalam kalendar Pelanconga­n Sarawak dan menyediaka­n program lebih berskala besar dalam penganjura­nnya pada tahun akan datang.

“Inilah yang kita harapkan, biarpun kita di sini tidak sunyi daripada penganjura­n program berkonsepk­an hiburan tetapi setelah sekian lama menyepi daripada aktiviti regata dan sukan air kita dapat mandat penganjura­n lebih besar untuk program akan datang,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Pergerakan Pemuda PBB Beting Maro Ramzi Rasit, 46, berkata sentuhan wakil rakyat di sini sebagai tulang belakang penganjura­n Pesta Pusa sangat berbaloi kerana merupakan satu titik tolak dalam penganjura­n yang berjaya dan mengikut kehendak rakyat.

“Kita tidak melihat persepsi negatif daripada mana-mana pihak dalam penganjura­n dan ahli-ahli jawatankua­sa yang memainkan peranan penting dalam menghidupk­an kembali sukan air di kawasan Pusa.

“Pesta ini juga memberi banyak manfaat kepada penduduk setempat selain mewujudkan peluang perniagaan yang dapat menjana ekonomi penduduk dan pendapatan bertambah hasil daripada kemasukan pengunjung-pengunjung luar yang berbelanja di sini,” katanya.

“Selain memberi impak positif pada pandangan masyarakat luar dengan sosioekono­mi penduduk tempatan yang menghasilk­an produk-produk yang jarang ada di tempat lain untuk dijual dan boleh dipasarkan kepada umum.

“Jaringan jalan raya dan akses lain juga semakin baik dan memberi kemudahan kepada rakyat dan memudahkan pengunjung-pengunjung datang ke sini,” ujarnya.

“Sejujurnya kami sebagai anak kelahiran Pusa sememangny­a mengalu- alukan penganjura­n dan menghargai pengiktira­fan kerajaan menjadikan Pesta Pusa sebagai acara tahunan. Bagi kami penduduk di sini merupakan satu penghormat­an kepada rakyat di DUN Beting Maro.

“Sekalung tahniah juga buat kerajaan dan pemimpin yang sangat prihatin dengan kehendak rakyat dan menyediaka­n segala kemudahan yang baik,” katanya.

 ??  ?? KONGSI KECERIAAN: Supaih (dua kiri) menyampaik­an sumbangan MPG kepada seorang penerima. Turut kelihatan Mohamad Ali (dua kanan) serta yang lain.
KONGSI KECERIAAN: Supaih (dua kiri) menyampaik­an sumbangan MPG kepada seorang penerima. Turut kelihatan Mohamad Ali (dua kanan) serta yang lain.
 ??  ?? RAMZI
RAMZI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia