Utusan Borneo (Sarawak)

Artis penting, dekat di hati rakyat

Inisiatif Y A1M memartabat­kan artis veteran disambut baik: Abang Johari

- Oleh Siti Aisyah Ramli

KUCHING: Golongan artis tempatan tidak dinafikan berperanan penting dalam menyumbang kepada pembanguna­n negeri.

Menteri Pelanconga­n Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, golongan itu menjadi ikon yang sentiasa dekat di hati rakyat.

“Golongan artis merupakan antara kumpulan yang memainkan peranan penting dalam memberi sumbangan besar kepada pembanguna­n negara dan Sarawak khususnya.

“Pada masa sama, ia juga menjadi kumpulan yang paling dekat di hati rakyat serta peminatnya,” ujarnya.

Justeru, jelasnya, penglibata­n golongan itu harus dihargai serta dimartabat­kan meskipun mereka telah lanjut usia sehingga menyebabka­n mereka terpaksa berhenti daripada bergiat aktif dari industri seni tanah air.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucapan pada Majlis Perasmian Penyampaia­n Sumbangan Yayasan Artis 1Malaysia ( YA1M) anjuran bersama Persatuan Penyanyi Anak Sarawak (PPS) di sebuah hotel terkemuka di sini, malam kelmarin.

Abang Johari berkata, beliau amat menyambut baik usaha YA1M yang banyak membantu golongan artis tempatan dan tanah air terutama bagi mereka yang memerlukan.

“Ia juga sejajar dengan matlamat penubuhan yayasan itu iaitu memperjuan­gkan kehidupan golongan seni agar lebih terjamin sekali gus memartabat­kan profesion artis agar sentiasa dipandang baik oleh masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi PPS Dr Kamil Salem berkata PPS juga berperanan untuk menjaga kebajikan rakan artis yang memerlukan, selain memartabat­kan perjuangan mereka dalam industri seni tanah air.

“Kami tidak mahu golongan artis veteran terus berasa terpinggir dan dengan adanya penubuhan persatuan seumpama ini, ia sedikit sebanyak dapat membantu mengurangk­an beban dan sebagai penghargaa­n kepada mereka yang pernah berbakti untuk pembanguna­n negara,” katanya.

Majlis tersebut menyaksika­n seramai 40 orang terdiri daripada artis veteran Sarawak yang pernah berbakti dalam bidang seni menerima sumbangan daripada YA1M.

Majlis yang berprestij itu

Golongan artis merupakan antara kumpulan yang memainkan

peranan penting

dalam memberi

sumbangan

besar kepada

pembanguna­n

negara dan

Sarawak

khususnya. Pada

masa sama, ia juga

menjadi kumpulan yang paling dekat

“di hati rakyat serta

peminatnya. Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg Menteri Pelanconga­n

turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri, Menteri Muda Pelanconga­n Datuk Talib Zulpilip, Menteri Muda Pembanguna­n Usahawan Bumiputera Datuk Mohd Naroden Majais, Presiden YA1M Datuk D.J Dave serta beberapa artis terkemuka tanah air seperti Datuk Yusuf Haslam dan Datuk Abdul Rahman Hassan.

 ??  ?? JASAMU DIKENANG: Abang Johari (kiri) menyerahka­n sampul sumbangan kepada salah seorang penerima sambil disaksikan Dr Kamil (tengah), Abdul Rahman (dua kanan) dan Yusuf (kanan) di Kuching, malam kelmarin.
JASAMU DIKENANG: Abang Johari (kiri) menyerahka­n sampul sumbangan kepada salah seorang penerima sambil disaksikan Dr Kamil (tengah), Abdul Rahman (dua kanan) dan Yusuf (kanan) di Kuching, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia