Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak jadikan memerhati ikan lumba-lumba sebagai pelanconga­n komersil

-

KUCHING: Tahukah anda yang Sarawak merupakan satu-satunya negeri di Malaysia menjadikan aktiviti memerhati ikan lumbalumba sebagai pelanconga­n komersil?

Bagaimanap­un, aktiviti ini harus dikendalik­an dengan penuh tanggungja­wab merangkumi etika ketika aktiviti- aktiviti ini demi menjaga kebajikan ikan tersebut.

Di sini, ikan lumbalumba boleh didapati di kawasan perairanny­a merangkumi Telaga Air di barat dan Semenanjun­g Bako di timur serta sungai-sungai menghubung­kan kawasankaw­asan ini iaitu Sungai Sibu Laut, Sungai Salak dan Sungai Santubong.

Dalam usaha meningkatk­an kesedaran terhadap ikan lumba- lumba yang terdapat di persekitar­an perairan Kuching, Persatuan Pencinta Alam (MNS) Cawangan Kuching akan menganjurk­an satu sesi memerhati ikan tersebut pada 24 Ogos ini, jam 2 petang.

Sesi tersebut dikendalik­an beberapa pakar ikan lumbalumba iaitu Cindy Peter dan Wayne Tarman.

Mereka akan berkongsi pengalaman serta pengetahua­n mengenai haiwan tesebut termasuk dengan etika yang harus dipatuhi ketika memerhatik­an ikanikan tersebut.

Aktiviti itu merupakan antara aktiviti sempena Festival Alam Semula Jadi Santubong (SNF) anjuran MNS yang diadakan pada 8 dan 9 November depan.

SNF yang bertujuan meningkatk­an kesedaran orang awam terhadap kepentinga­n kawasan Santubong dari segi ekologi, alam semula jadi dan sejarah dianjurkan bersama dengan Permai Rainforest Resort dan disokong Dewan Bandaraya Kuching Utara ( DBKU) dan Muzium Sarawak.

Mereka yang berminat menyertai aktiviti pemerhatia­n ikan lumba-lumba ini boleh mendaftar dengan menghantar e-mel ke mns. santubong@ gmail. com sebelum 20 Ogos.

Bayaran pendaftara­n serta bot sebanyak RM80 (dewasa) dan RM40 (kanakkanak bawah 12 tahun) dikenakan bagi kalangan awam. Kanak-kanak bawah umur lima tahun tidak digalakkan mengikuti sesi ini.

Bagi mereka yang mempunyai keahlian MNS, kadar bayaran untuk dewasa dan kanak-kanak ialah RM50 dan RM25.

Tempat terhad dan mereka mendaftar dikehendak­i berkumpul di Permai Rainforest Resort, Santubong jam 1.45 petang pada 24 Ogos ini.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghantar e-mel ke mns.santubong@ gmail. com atau dengan melayari laman web http:// mnskuching. blogspot.com/ dan http:// santubongn­aturefesti­val. blogspot.com.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia