Utusan Borneo (Sarawak)

MPG sedia peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar Mukah

-

MUKAH: Mukah Power Generation ( MPG) menyediaka­n peluang pekerjaan bukan sahaja kepada penduduk di kawasan Mukah, malah masyarakat luar kawasan ini.

Pegawai Daerah Mukah Shafrie Saili berkata, MPG merupakan salah satu projek diwujudkan di bahagian ini di bawah Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak ( SCORE) untuk membangunk­an kawasan Mukah selain memberi bekalan elektrik.

“MPG merupakan salah satu projek di bawah program SCORE untuk membekalka­n tenaga elektrik secukupnya khususnya di kawasan Mukah.

“Justeru, ia membekalka­n banyak peluang pekerjaan kepada penduduk di sini dan juga masyarakat luar kawasan Mukah,” katanya pada Majlis Ramah- Tamah Rumah Terbuka Aidilfitri MPG di sini, kelmarin.

Pada program tersebut, MPG menyalurka­n sumbangan kepada golongan yang kurang berkemampu­an dan pelajar yatim melibatkan empat buah sekolah di sini.

Justeru, Shafrie memuji usaha ditunjukka­n MPG atasan komitmen terhadap golongan yang memerlukan dan berharap usaha seumpa- ma itu dapat diteruskan pada masa akan datang.

Sementara itu, beliau menasihati pelajar supaya lebih tekun menimba ilmu pelajaran untuk kesenangan masa depan mereka.

“Kita amat berharap para pelajar mampu menumpukan perhatian sepenuhnya dalam pelajaran masingmasi­ng dan menimba ilmu.

“Siapa yang mempunyai ilmu yang banyak akan dipandang tinggi oleh masyarakat dan sesuatu perkara dapat dilaksanak­an dengan baik,” katanya.

Turut hadir Residen Bahagian Mukah Supaih Hamdan, Pengurus Stesen MPG Mohamad Abdullah Ali, ketua- ketua jabatan, ketua kaum, warga MPG serta penduduk sekitar Mukah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia