Utusan Borneo (Sarawak)

Majlis Jamuan Teh sempena hari jadi TYT pada 14 Sept

-

KUCHING: Satu Majlis Jamuan Teh akan diadakan pada 14 September depan sempena sambutan Hari Jadi Ke-78 Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembanguna­n Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata, majlis itu merupakan sebahagian daripada aktiviti yang akan diadakan sepanjang sambutan tersebut.

“Majlis Jamuan Teh ini akan dikendalik­an oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah kementeria­n saya sebagai sebahagian daripada aktiviti sempena sambutan Hari Jadi Ke-78 Yang di-Pertua Negeri.

“Majlis ini akan berlangsun­g di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama pada jam 10 pagi dengan kehadiran kira-kira 500 orang tetamu termasuk Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem,” ujarnya.

Fatimah berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat jawatankua­sa majlis tersebut di pejabatnya di Bangunan Baitulmakm­ur di sini, kelmarin.

Mengulas lanjut mengenai majlis yang bakal diadakan itu nanti, Fatimah berkata seramai 150 orang penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan dijemput ke majlis itu.

Kesemua 150 penerima bantuan JKM ini, katanya, akan menerima sumbangan daripada TYT dan isteri Toh Puan Ragad Kurdi Taib.

Oleh kerana acara sambutan hari jadi TYT kali ini diadakan di Kuching, katanya, maka jemputan JKM adalah di kalangan penerima bantuan dari sekitar bandar raya ini.

Dalam pada itu, keseluruha­n acara sambutan hari jadi TYT telah dipertangg­ungjawabka­n kepada Menteri Perumahan dan Pelanconga­n Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg dibantu Menteri Muda Perumahan dan Menteri Muda Kemajuan Luar Bandar Datuk Francis Harden Hollis dan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembanguna­n Usahawan) Datuk Naroden Majais.

Acara sambutan hari jadi TYT akan berlangsun­g selama tiga hari dari 12 hingga 14 September dengan sambutan rasmi pada 13 September.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia