Utusan Borneo (Sarawak)

Fikir dahulu sebelum ‘klik’

Atau bersedia hadapi tindakan walaupun ‘tidak sengaja’

-

PETALING JAYA: “Berfikirla­h dahulu sebelum ‘klik’ sesuatu dalam laman sosial Internet atau anda menyusahka­n diri sendiri untuk menghadapi tindakan undang-undang”.

Itulah pesanan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia ( SKMM) kepada mereka yang ghairah membuat sebarang komen atau memuat turun dan memuat naik gambar yang menyalahi undang-undang negara.

Pengerusi SKMM Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata tindakan ‘ tweet’, ‘share’ (kongsi) dan komen yang boleh menyinggun­g perasaan atau memberi kesan negatif kepada pihak lain akan membolehka­n pihak berkuasa mengambil tindakanun­dang- undang walaupun dengan alasan “tidak sengaja”.

“Kadang- kadang jari- jemari ini lebih cepat bertindak sebelum minda dapat membuat keputusan. Orang ramai, ibu bapa perlu sedar, kini semua orang dihubungka­n dan mudah dicari melalui media sosial, maka didiklah diri supaya lebih beretika, bertanggun­gjawab dan berhemah ketika menggunaka­n media sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran fasa kedua Program ‘ Klik Dengan Bijak (Click Wisely) Meet Up!’ di sini, semalam.

Kempen yang menyasarka­n golongan remaja berumur 13 hingga 18 tahun itu, menyajikan pelbagai aplikasi dan permainan komunikasi bagi mendidik dan memberi kesedaran kepada pengguna Internet supaya memahami

“cepat bertindak sebelum minda dapat membuat keputusan. Orang ramai, ibu bapa perlu sedar, kini semua orang

dihubungka­n dan mudah dicari melalui

media sosial, maka didiklah diri supaya lebih beretika, bertanggun­gjawab dan

“berhemah ketika menggunaka­n media sosial. Datuk Mohamed Sharil Tarmizi Pengerusi SKMM

tiga aspek penting iaitu keselamata­n, perlindung­an dan tanggungja­wab dalam alam siber.

Mohamed Sharil berkata pihaknya bersedia mencadangk­an undang- undang sedia ada agar dipinda un- tuk hukuman lebih berat dikenakan terhadap pihak yang didapati bersalah penyalahgu­naan media sosial.

Katanya, namun salah laku akan tetap wujud jika usaha dan didikan yang berterusan tidak disampaika­n kepada masyarakat.

“Kita harus sedar bahawa pengguna internet tanpa sempadan kini semakin hari semakin berleluasa kerana ia mudah diakses dan dibawa ke mana-mana, bukan lagi terletak hanya di komputer ‘ desktop’ dan komputer riba.

“Maka penting untuk ibu bapa adakan kawalan kendiri bagi mengawasi keselamata­n anak-anak mereka apabila menggunaka­n Internet setiap masa,” katanya sambil memberitah­u kanak-kanak seusia lapan tahun didapati sudah boleh mengendali­kan media sosial.

Berdasarka­n statistik tahun lepas, jumlah aduan yang diterima SKMM berhubung penyalahgu­naan media sosial berjumlah 2,137 manakala bagi tempoh Januari sehingga Julai tahun ini pula sebanyak 1,457 aduan diterima. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ISYARAT BAGUS: Mohamed Sharil (dua kanan) menunjukka­n isyarat bagus pada pelancaran Laman Web dan Aplikasi Permainan Dalam Talian ‘Klik Dengan Bijak Meet Up 2014’ di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama ISYARAT BAGUS: Mohamed Sharil (dua kanan) menunjukka­n isyarat bagus pada pelancaran Laman Web dan Aplikasi Permainan Dalam Talian ‘Klik Dengan Bijak Meet Up 2014’ di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia