Utusan Borneo (Sarawak)

Lakukan aktiviti persundala­n, wanita dipenjara tiga bulan

-

SARIKEI: Seorang wanita berusia 31 tahun dari Sungai Pasi dekat sini dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini kelmarin setelah didapati bersalah melakukan aktiviti persundala­n.

Berdasarka­n fakta kes yang telah dibacakan oleh pegawai pendakwa ke atas tertuduh, pada 6 Ogos (Rabu) jam 4 petang, tertuduh ditahan oleh sepasukan polis yang sedang menjalanka­n Ops Noda di sebuah bilik sewa, di sini.

Setelah melakukan intipan di lokasi terbabit, polis melaku- kan serbuan ke atas bilik berkenaan dan mendapati seorang lelaki sedang membetulka­n pakaian, manakala tertuduh sedang duduk di atas katil.

Hasil pemeriksaa­n yang dijalankan, polis menjumpai beberapa barang bukti kes di lokasi terbabit seperti sekotak kondom kosong, sekeping kondom yang telah digunakan di dalam tong sampah dan wang tunai bernilai RM40 yang telah diserahkan oleh tertuduh.

Kesemua barangan terbabit bersama tertuduh dibawa ke Balai Polis Pusat Sarikei untuk siasatan lanjut di bawah Seksy- en 372B Kanun Keseksaan atas kesalahan mencari langganan bagi maksud persundala­n.

Melalui siasatan yang dijalankan tertuduh mengaku bahawa dia memang ada melanggan seorang lelaki dengan mengenakan bayaran berjumlah RM40 untuk sekali perkhidmat­an seks.

Berikutan pengakuan tersebut dan penelitian terhadap kes terbabit, Majistret Herlina Muse menjatuhka­n hukuman penjara selama tiga bulan ke atas tertuduh yang bermula kelmarin kerana sabit kesalahan di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia