Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan cadang perkenal sistem penarafan bintang untuk Taska

Penarafan bintang penting untuk jamin kualiti perkhidmat­an: Rohani

-

TANJUNG MALIM: Kerajaan bercadang memperkena­lkan sistem penarafan bintang kepada 3,309 Taska yang berdaftar dengan Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata cadangan itu kini dalam peringkat perbincang­an dan akan dimasukkan dalam Bajet 2015.

Katanya, penarafan bintang itu bagi menjamin kualiti perkhidmat­an dan membolehka­n rakyat memilih pusat jagaan kanak- kanak yang berkualiti.

“Satu panel akan ditubuhkan bagi menilai dan memberikan penarafan bintang itu yang terdiri daripada ibu bapa, orang awam dan institusi maklumat perkembang­an kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan sambutan Hari Taska Peringkat Kebangsaan 2014 dan program sambutan ‘ Jom! Raya @ Taska’ di Kompleks Pusat Penyelidik­an Perkembang­an Kanak-Kanak Negara (NCDRC) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di sini, semalam. Turut hadir Naib Canselor UPSI Prof Datuk Dr Zakaria Kasa dan Pengarah NCDRC Prof Dr Sopia Md Yassin.

Rohani berkata selain itu, penarafan bintang juga dapat memberi promosi dan galakan kepada pengusaha Taska selain bagi mengatasi isu berkaitan keselamata­n dan penderaan kanak-kanak di Taska.

“Jika Taska itu bagus, ia

Satu panel akan ditubuhkan bagi menilai dan memberikan penarafan bintang itu yang terdiri daripada ibu bapa, orang awam dan institusi maklumat

” perkembang­an kanak-kanak. Datuk Seri Rohani Abdul Karim Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat

akan diberi penarafan dan merit yang baik dan jika tidak bagus atau berlakunya sesuatu kes, merit dan bintang yang diberi akan ditarik,” katanya.

Inisiatif itu juga dicadangka­n berikutan kes kematian terbaru seorang bayi perempuan berusia setahun dua bulan, Nurain Damia Mohamad Naqiuddin pada 13 Ogos, yang didakwa didera oleh pengasuh di Petaling Jaya, Selangor, katanya.

Terdahulu itu, Rohani berkata kementeria­nnya memohon bajet berjumlah RM16.5 juta bagi pemberian intensif kepada pengusaha Taska dan ibu bapa yang menghantar anak mereka ke Taska.

“Penambahan peruntukan itu bagi mengurangk­an beban sekali gus menggalakk­an ibu bapa menghantar anak mereka ke Taska berdaftar,” katanya.

Rohani berkata sehingga kini terdapat 3,309 Taska berdaftar di seluruh negara dengan jumlah pengasuh seramai 12,999 orang yang menjaga 63,604 kanak-kanak.

Kerajaan telah memberikan subsidi yuran pengasuhan tahun ini kepada 3,501 kanak-kanak bernilai RM9.9 juta dan Bantuan Khas 2014 kepada 12,171 kanak-kanak melibatkan RM1.2 juta, katanya.

Sementara itu di KUCHING, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri menggesa pengusaha Taska termasuk yang beroperasi di rumah yang masih belum berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat agar segera berbuat demikian.

Ini bagi membolehka­n mereka mendapat bantuan dan insentif daripada kerajaan, katanya pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2014 di sini sempena Sambutan Hari Taska 2014.

Beliau juga menyaranka­n penganjura­n program seperti konvensyen, seminar, simposium dan persidanga­n bagi memastikan Taska mempunyai kredibilit­i dan kebolehper­cayaan yang tinggi dari segi pengasuhan dan perkhidmat­an. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERKUALITI: Rohan (kanan) ketika melawat bilik pergerakan moden dan ethnik kreatif di Pusat Perkembang­an Penyelidik­an KanakKanak Negara (NCDRC) selepas merasmikan sambutan Hari Taska Peringkat Kebangsaan 2014 di Universiti Pendidikan Sultan Idris...
— Gambar Bernama BERKUALITI: Rohan (kanan) ketika melawat bilik pergerakan moden dan ethnik kreatif di Pusat Perkembang­an Penyelidik­an KanakKanak Negara (NCDRC) selepas merasmikan sambutan Hari Taska Peringkat Kebangsaan 2014 di Universiti Pendidikan Sultan Idris...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia