Utusan Borneo (Sarawak)

E mpire Fashion jawab kemusykila­n pelajar pilih pakaian ke kuliah

-

KUCHING: Empire Fashion melancarka­n pembukaan cawangan ketiga di timur negara ini semalam bertempat di Aras 2, The Summer Mall, Kota Samarahan dekat sini.

Dengan dua cawangan di Miri, Pengarah Urusan Empire Fashion ‘ King’ Ong Kong Pin memberitah­u bahawa pihaknya menyasarka­n pakaian kuliah bagi golongan pelajar dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

“Kita sebenarnya memahami keperluan terapi membelibel­ah untuk para pelajar tanpa perlu membelanja­kan banyak wang untuk ke kuliah, namun berpatutan untuk dimiliki.

“Bagaimanap­un penuntut insitusi berkenaan dialu-alukan untuk membeli- belah di kedai kami kerana mempercaya­i sesiapa sahaja boleh memilikiny­a,” kata Ong.

Sementara itu, beliau juga mengumumka­n pihaknya mengadakan promosi khas untuk majlis pembukaan.

“Kedua-dua hari (semalam dan hari ini) kita akan mempunyai promosi istimewa sempena pembukaan besar kami, sekiranya pelanggan membelanja­kan RM30 ke atas dalam satu resit, mereka layak untuk menyertai cabutan bertuah.

“Hadiah- hadiah cabutan bertuah terdiri daripada sama ada percuma pembelian dengan diskaun 10 peratus, 20 peratus, 30 peratus, 50 peratus,” kata Ong.

Empire Fashion juga mempunyai lebih 50 cawangan di barat negara ini.

Turut hadir pada majlis perasmian itu ialah Pengarah Jualan Empire Fashion Harun Tay, Pengurus Besar Empire Fashion Sarawak Terry Koh dan Pengarah Urusan Summer Mall, Dato Lee Chee Fui.

 ??  ?? HANGAT DI PASARAN: Empire Fashion membawa fesyen terkini dari Korea, Jepun, Taiwan dan negara-negara lain, ke Malaysia.
HANGAT DI PASARAN: Empire Fashion membawa fesyen terkini dari Korea, Jepun, Taiwan dan negara-negara lain, ke Malaysia.
 ??  ?? Empire Fashion terletak di Aras 2, The Summer Mall, Kota Samarahan.
Empire Fashion terletak di Aras 2, The Summer Mall, Kota Samarahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia