Utusan Borneo (Sarawak)

K’jaan tetap teruskan misi cari pesawat MH370: Hishammudd­in

-

PONTIAN: Kerajaan akan tetap meneruskan misi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sekalipun tumpuan seluruh negara kini terhadap tragedi pesawat MH17, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein.

Menurutnya, seluruh dunia kini memberi tumpuan terhadap Malaysia berhubung tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine bulan lepas, namun itu tidak bermakna usaha pencarian MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas dihentikan.

Malah katanya, beliau akan berlepas ke Australia hujung bulan ini bagi memastikan misi pencarian MH370 berjalan lancar.

“Saya masih menunggu pengesahan daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengenai kedudukan terkini kapal KD Mutiara dan Bunga Mas 5 sebelum saya berlepas ke Perth.

“Saya ingin memberi semangat kepada anggota kita selain sebagai isyarat kepada ahli keluarga mangsa bahawa dalam kesibukan mengenai MH17, kita tidak lupa terhadap pencarian MH370 yang masih diteruskan,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanjong Piai di sini, semalam.

Penerbanga­n MH370 ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada radar pada 8 Mac, sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Antarabang­sa KL (KLIA). Ia sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Analisis data satelit menunjukka­n kedudukan terakhir pesawat itu adalah di selatan Lautan Hindi, di barat Perth.

Mengenai mangsa nahas MH17, Hishammudd­in berkata, kerajaan sudah bersedia untuk menyambut ketibaan 16 jenazah dari Amsterdam, Belanda yang dijangka tiba di tanah air 22 Ogos ini.

Katanya, lima helikopter Nuri dan dua pesawat C130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan digunakan bagi membawa jenazah ke kampung halaman masing-masing untuk disemadika­n termasuk dua jenazah daripada Johor.

“Selepas upacara penghormat­an di Kuala Lumpur, jenazah dari Pagoh, Muar dan Segamat akan dibawa menaiki helikopter Nuri ke kampung masing-masing. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia