Utusan Borneo (Sarawak)

MAHA 2 014 janjikan kelainan kepada pengunjung: KSU

-

TUARAN: Penganjura­n Pameran Antarabang­sa Pertanian, Hortikultu­r dan Agro Pelanconga­n (MAHA) 2014 yang akan diadakan pada 20 hingga 30 Nov ini menjanjika­n kelainan kepada pengunjung berbanding penganjura­nnya pada tahun 2012, kata Ketua Setiausaha Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Arif Ab Rahman.

“MAHA 2014 pasti menjanjika­n suatu kelainan bagi pengunjung yang pernah menghadiri­nya sebelum ini melalui pewujudan kluster yang baharu seperti Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan, Industri Agro Makanan, Industri Asas Tani, Agro Belia, Cabaran Inovasi Pertanian Malaysia (MAgIC), Agro Pelanconga­n, Agro Gaya Hidup, Agro Dagang dan Agropreneu­r Muda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian program ‘Road To MAHA’ 2014 peringkat Negeri Sabah di sini semalam. Perasmian disempurna­kan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Mengenai program ‘Road To MAHA’ 2014 di Sabah, Mohd Arif berkata program berkenaan adalah yang ketujuh selepas di Pahang, Pulau Pinang, Kelantan, Perak, Kedah dan Melaka.

Katanya program berkenaan merupakan salah satu program turun padang untuk bertemu secara langsung dengan golongan sasar seperti petani, peladang, penternak dan nelayan serta memberi khidmat nasihat dan bimbingan menerusi jabatan dan agensi di peringkat negeri bagi menggarap transforma­si pertanian menjadi sektor moden dan berdaya saing.

Melalui program seperti itu, Mohd Arif berkata pemahaman dan pendedahan mengenai inisiatif kerajaan untuk menjadikan sektor pertanian sebagai bidang utama pembanguna­n negara dapat dihebah dan disalurkan kepada semua peringkat masyarakat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia