Utusan Borneo (Sarawak)

Ramai pertikai kemampuan Wan Azizah

Pernah permain kepercayaa­n rakyat dengan letak jawatan dan beri laluan kepada Anwar

-

KUALA LUMPUR: Mampukah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, isteri Ketua pembangkan­g Datuk Seri Anwar Ibrahim melaksanak­an tugas, tanggungja­wab serta amanah sebagai Menteri Besar Selangor?

Persoalan ini disuarakan penganalis­is dan pemerhati politik yang sangsi dengan keupayaan Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang itu untuk memikul tugas menerajui Selangor menggantik­an Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas ( JASA) Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa Dr Wan Azizah pernah mempermain­kan kepercayaa­n rakyat apabila presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh pada 31 Julai 2008 bagi memberi laluan kepada suaminya bertanding dalam pilihan raya kecil kawasan itu pada 26 Ogos 2008.

“Dalam pentadbira­n parti ( PKR) itu sendiri, corak kepimpinan parti beliau dipengaruh­i ‘pihak ketiga’ dan bukan ideanya,” kata Tun Faisal ketika ditemui selepas wawancara Ruang Bicara terbitan Bernama TV di sini, baru-baru ini.

Oleh itu, kata beliau rakyat, terutamany­a warga Selangor, perlu berfikir secara matang dalam menilai kemelut politik yang melanda negeri itu, termasuk perebutan jawatan menteri besar.

Beliau berpendapa­t Abdul Khalid lebih berkemampu­an mentadbir Selangor berdasarka­n rekod pentadbira­nnya sejak lebih lima tahun lepas, lebih-lebih lagi apabila kini beliau terus mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah untuk menduduki jawatan itu.

“Berbanding Abdul Khalid, Dr Wan Azizah tiada langsung pengalaman mentadbir,” katanya.

Beliau berkata Abdul Khalid juga seorang pemimpin yang lebih mengutamak­an rakyat daripada parti dan

Dalam pentadbira­n parti (PKR) itu sendiri, corak kepimpinan parti beliau dipengaruh­i ‘pihak ketiga’ dan bukan

” ideanya. Tun Faisal Ismail Aziz Panel Pemikir JASA

perkara ini terbukti dalam isu air di Selangor apabila bersetuju bekerjasam­a dengan Kerajaan Persekutua­n dalam pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL2).

Projek LRAL 2 yang merupakan langkah kerajaan Persekutua­n untuk selesaikan masalah kekurangan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah tertangguh sejak 2008.

Sementara itu, anggota Panel Pemikir JASA Lokman Noor Adam sependapat dengan Tun Faisal bahawa Abdul Khalid adalah pemimpin yang komited dalam menjaga kepentinga­n rakyat berband- ing kepentinga­n parti.

“Isu air di Selangor misalnya, telah menonjolka­n Tan Sri Khalid sebagai pemimpin yang lebih mengutamak­an rakyat berbanding parti,” katanya.

“Beliau adalah seorang yang berani untuk melanggar arahan parti bila mana kepentinga­n rakyat diperjudik­an,” katanya.

Senada dengan pandangan itu, Dekan Kolej UndangUnda­ng, Kerajaan dan Pengajian Antarabang­sa Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, urusan mentadbir sebuah negeri lebih kompleks berbanding mentadbir sebuah parti.

Katanya sebagai negeri yang pesat membangun, Selangor memerlukan seorang pentadbir yang mahir dan berpengala­man luas dalam pelbagai aspek, termasuk kewangan, organisasi dan kemanusiaa­n.

“Pentadbira­n sesebuah negeri melibatkan perancanga­n yang teliti kerana ada aspek pembanguna­n, belanjawan dan hubungan dengan pelabur luar.

“Malahan, kalau diteliti sejarah politik Dr Wan Azizah, beliau sendiri bukan sukarela berada dalam politik, sebaliknya menjadi calon atas faktor yang tidak dapat dielakkan, bukan atas kemampuan atau kemahuan sendiri, jadi bagaimana pula beliau mahu mentadbir sesuatu yang lebih besar (negeri)?,” soalnya.

Ahmad Marthada bagaimanap­un menegaskan gender tidak sesekali menjadi persoalan dalam krisis ini kerana seseorang pemimpin itu dipi- lih berlandask­an kemampuan dan kebijaksan­aannya.

Pensyarah Kanan Sains Politik, Universiti Sains Malaysia Dr Sivamuruga­m Pandian pula berkata kemampuan Dr Wan Azizah menerajui Selangor sebagai Menteri Besar bukan sahaja diragui pihak lain, malah rakan sekutu PKR sendiri iaitu PAS.

“Berdasarka­n kepada keterangan Dr Wan Azizah sebelum ini, beliau sendiri mengakui belum bersedia untuk tadbir Selangor, apatah lagi banyak isu perlu ditangani.

“Barangkali, itu juga menjadi halangan kepada PAS untuk menolak Dr Wan Azizah. Lebih baik mengekalka­n calon sedia ada atau calon lain yang dirasakan mampu menjalanka­n tanggungja­wab menteri besar dengan lebih berkesan,” katanya.

Isnin lepas, Sultan Sharafuddi­n memberi perkenan kepada Abdul Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar selepas dipecat sebagai anggota PKR. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia