Utusan Borneo (Sarawak)

Jailani: Cabaran sepanjang 2014, tidak luntur semangat cintakan negara

-

HULU TERENGGANU: Pelbagai cabaran dan dugaan yang dihadapi negara sepanjang tahun ini tidak akan melunturka­n semangat rakyat untuk kekal bersatu dan maju dalam sebuah negara merdeka, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.

Beliau berkata 2014 merupakan tahun yang penuh cabaran dan Malaysia diuji dengan pelbagai isu tempatan dan antarabang­sa.

Katanya, ini termasuk peristiwa penceroboh­an dan penculikan di Sabah, tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbanga­n MH370 dan yang terbaharu, nahas pesawat MAS MH17 yang terhempas di timur Ukraine.

“Bertepatan dengan tema Hari Merdeka tahun ini: ‘Malaysia Di sini Lahirnya Sebuah Cinta’, saya menyeru kepada semua untuk menyemarak­kan semangat merdeka dan cintakan negara,” katanya ketika berucap pada Majlis Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat Parlimen Hulu Terengganu, di sini semalam.

Kempen itu membabitka­n 57 buah kereta Proton Exora bersempena sambutan Hari Kemerdekaa­n yang ke-57 tahun.

Beliau berkata Kementeria­n Komunikasi dan Multi Media akan terus melaksanak­an program semarak kemerdekaa­n khasnya untuk generasi baharu meskipun selepas sambutan Hari Kemerdekaa­n.

Beliau berkata, rakyat Malaysia kini bertuah kerana masih dapat kekal hidup harmoni dalam sebuah negara yang mempunyai kestabilan politik dan ekonomi. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERASMIAN: Jailani melepaskan konvoi perarakan promosi Jalur Gemilang di Hulu Terengganu, semalam.
— Gambar Bernama PERASMIAN: Jailani melepaskan konvoi perarakan promosi Jalur Gemilang di Hulu Terengganu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia