Utusan Borneo (Sarawak)

U MNO Sabah kian matang, usul dibawa manfaatkan rakyat: Musa

-

TUARAN: Anggota UMNO di Sabah kian matang serta berpengala­man dalam mengendali­kan mesyuarat berdasarka­n usul yang dikemukaka­n, kata Ketua Perhubunga­n UMNO Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata kebanyakan usul yang dikemukaka­n jelas tertumpu kepada isu- isu yang bakal memberi manfaat kepada rakyat di Sabah dan negara keseluruha­nnya.

Semua usul yang dibangkitk­an bahagian akan dinilai dan jika sesuai akan dibawa hingga ke peringkat UMNO Pusat, katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ‘Road To MAHA 2014’ Peringkat Negeri Sabah di sini semalam.

Musa yang juga Ketua Menteri Sabah berkata, mesyuarat Perwakilan Bahagian UMNO di Sabah setakat ini berjalan lancar dengan beberapa bahagian termasuk Putatan dan Kota Kinabalu menyempurn­akan mesyuarat bahagian masingmasi­ng mengikut jadual.

“Saya dapati setiap bahagian telah membuat per- siapan rapi bagi memastikan perjalanan mesyuarat bahagian masing-masing dapat dilaksanak­an dengan sempurna,” katanya menambah semangat perpaduan dalam kalangan anggota dan pemimpin UMNO juga didapati kian teguh.

Sementara itu, ketika merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Tuaran, Musa mengajak anggota dan pemimpin UMNO supaya meneruskan perjuangan parti dengan penuh keikhlasan.

Katanya perjuangan Umno adalah untuk semua rakyat Malaysia, justeru anggota dan pemimpin parti perlu menawarkan perkhidmat­an untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira suku kaum, agama dan kepercayaa­n.

Mengenai Kota Belud dikatakan sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN) sejak dahulu, Musa berkata di bawah kepimpinan BN hari ini serta sokongan padu anggota parti dan rakyat, kawasan Parliemn itu diyakini akan terus menjadi kubu kuat BN. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia