Utusan Borneo (Sarawak)

Barkley alami kecederaan semasa latihan

-

LONDON, England: Pemain tengah Everton Ross Barkley mungkin tidak akan bermain selama dua bulan selepas dia mengalami kecederaan lutut dalam latihan, menurut laporan Jumaat lepas.

Barkley mengalami kecederaan tersebut ketika dia bersiap sedia untuk perlawanan pembukaan Everton dalam Liga Perdana Inggeris di Leicester semalam dan pemain antarabang­sa England itu akan menjalani imbasan dalam tempoh beberapa hari akan datang untuk menilai keseriusan kecederaan.

Ketiadaan pemain berusia 20 tahun itu pada permulaan musim adalah satu tamparan bagi Everton kerana dia adalah pemain penting bagi pasukan Roberto Martinez pada musim lepas dan diberi tempat di kejohanan Piala Dunia selepas mempamerka­n prestasi yang hebat bersama kelabnya.

Ia telah dilaporkan dengan meluas bahawa Barkley mungkin akan diketepika­n selama enam sehingga lapan minggu, dan ini bermakna dia mungkin tidak akan bermain sehingga pertengaha­n Oktober, sekali gus tidak bermain dalam tujuh perlawanan pembukaan pada musim ini.

Barkley melakukan 34 penampilan dalam liga pada musim 2013-14 yang menyerlah, dengan menjaring- kan enam gol, dan persembaha­nnya yang dinamik telah menerima pujian.

Barkley telah dikaitkan dengan perpindaha­n ke kelab lain selepas Manchester City dan Chelsea dikhabarka­n berminat dengan pemuda itu tetapi dia menggarisk­an komitmenny­a pada bulan lepas dengan menandatan­gani kontrak baharu selama empat tahun untuk terus kekal di Goodison Park. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? MANUEL PELLEGRINI
— Gambar Reuters MANUEL PELLEGRINI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia