Utusan Borneo (Sarawak)

Pellegrini yakin Man City lebih kuat pada musim ini

-

NEWCASTLE, United Kingdom: Pengurus Manchester City Manuel Pellegrini berpendapa­t dia memiliki skuad yang lebih kuat berbanding pada musim lepas ketika juara tersebut bersiap sedia untuk memulakan kempen bagi mempertaha­nkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris di Newcastle pada malam ini (Ahad).

City memulakan musim mereka dengan kunjungan ke St James’

Park selepas menambah beberapa muka baharu ke dalam barisan pemain mereka sejak kejayaan memenangi Piala Liga dan Liga Perdana pada musim lepas.

Pellegrini menandatan­gani pemain pertahanan Perancis Eliaquim Mangala dan pemain tengah Brazil Fernando dari Porto, penjaga gol Argentina Willy Caballero dari Malaga dan pemain pertahanan kanan Perancis Bacary Sagna secara percuma dari Arsenal.

City juga telah meminjam pemain tengah veteran Frank Lampard, yang dilepaskan oleh Chelsea semasa musim percutian, dari kelab kembarnya New York City FC.

Pellegrini percaya pengambila­n pemain-pemain tersebut meletakkan City pada kedudukan yang kukuh untuk mempertaha­nkan kejuaraan selain memberikan cabaran yang mapan dalam Liga Juara-Juara.

“Pada musim lepas kami memiliki skuad yang sangat bagus dan menikmati tahun yang sangat berjaya,” kata Pellegrini.

“Namun ia adalah masa lalu dan ia adalah sejarah. Sekarang kita mesti cuba pada musim ini untuk memiliki skuad yang kuat dan saya rasa pemain seperti Willy, Bacary, seperti Mangala, Fernando, Frank Lampard akan menjadikan kami skuad yang kuat. Kita cuba memiliki skuad yang lebih kuat pada tahun ini.”

City akan bermain tanpa Mangala sementara dia membina kecergasan untuk bermain, maka Martin Demichelis akan berganding dengan kapten Vincent Kompany sebagai nadi pertahanan pada hujung minggu ini.

Penyerang Argentina Sergio Aguero, yang menandatan­gani kontrak baharu selama lima tahun pada minggu ini, mungkin juga akan direhatkan selepas dia bergelut dengan kecederaan di kejohanan Piala Dunia, manakala penyerang Sepanyol Alvaro Negredo disahkan tidak dapat bermain sehingga September akibat patah kaki.

“Mangala perlu lebih banyak bekerja dengan pasukan supaya dia dapat bermain. Ia tidak akan berlaku pada hujung minggu ini,” tambah Pellegrini.

“Saya rasa pasukan ini sentiasa memerlukan Sergio Aguero tetapi ia juga penting baginya untuk mengadakan pramusim yang bagus. Dia sudah berbulan-bulan tidak bermain seperti kebiasaan.”

Newcastle merupakan antara kelab- kelab Liga Perdana yang paling sibuk di pasaran perpindaha­n pada musim percutian, dengan sembilan ketibaan baharu bernilai hampir 40 juta pound (RM214 juta).

Di antara mereka, dua pemain Perancis Remy Cabella dan Emmanuel Riviere, bekas pemain tengah Sunderland Jack Colback dan pemain pertahanan Belanda Daryl Janmaat dijangka akan tampil buat pertama kali dalam liga menentang City.

Seorang lagi daripada mereka yang baharu ditandatan­gani, bekas pemain tengah Ajax, Siem de Jong disahkan tidak akan bermain akibat masalah betis.

Pemain antarabang­sa Ivory Coast, Cheick Tiote, yang telah dikaitkan dengan penghijrah­an bernilai 8 juta pound (RM42.8 juta) ke Arsenal, diketepika­n akibat kecederaan hamstring.

Newcastle berharap untuk menamatkan siri tanpa kemenangan dalam 16 perlawanan menentang City sejak sembilan tahun lalu, yang telah menyaksika­n mereka tewas dalam 10 perlawanan terakhir mereka dalam jadual liga ini, dan mengutip dua mata dari maksimum 45 mata. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia