Utusan Borneo (Sarawak)

Schippers ikut jejak Blankers

Dominasi acara 100, 2 00m di kejohanan olahraga E ropah

-

ZURICH, Switzerlan­d: Dafne Schippers mencontohi legenda senegara dari Belanda, Fanny Blankers-Koen apabila dia melengkapk­an acara pecut berganda 100 meter-200 meter di kejohanan olahraga Eropah pada Jumaat lepas.

Blankers-Koen, ‘Flying Dutchwoman’ asal, memenangi kedua-dua acara pecut di Brussels pada 1950.

Selepas memenangi acara 100 meter pada Rabu lepas, Schippers mencatatka­n kemenangan dalam acara 200 meter, dengan memperbaik­i rekodnya di Belanda dari 22.34 saat kepada masa terpantas di dunia iaitu 22.03 saat dan menamatkan perlumbaan 0.43 saat di hadapan naib juara, Jodie Williams dari Britain.

“Masa terpantas di dunia tidak dapat dipercayai,” kata Schippers, 22, pemenang pingat gangsa dalam acara heptatlon di kejohanan dunia di Moscow pada tahun lepas.

“Saya tidak bermimpi untuk mencatatka­n 22.03 saat dan saya juga ada dua pingat emas. Ia adalah satu kejayaan yang hebat, bukan sahaja bagi saya tetapi bagi negara asya.”

Sebelum kejohanan Eropah pada tahun ini, Belanda memenangi hanya tiga pingat emas sahaja sejak 1982. Namun mereka memenangi dua pingat emas pada Jumaat dan sekarang ada tiga pingat emas di Zurich, kurang satu di bawah jumlah rekod mereka pada 1950.

Belanda sepatut-

Saya tidak bermimpi untuk mencatatka­n 2 2 .03 saat dan saya juga ada dua pingat emas. Ia adalah satu kejayaan yang hebat, bukan sahaja bagi

” saya tetapi bagi negara asya. Dafne Schippers Atlet wanita Belanda

nya lebih berjaya lagi dalam acara heptatlon tetapi Nadine Broersen ditenggela­mkan oleh Antoinette Nana Djimou dari Perancis dalam acara terakhir, 800 meter, dan terpaksa berpuas hati dengan pingat perak, 53 mata di bawah 6,551 mata yang diperolehi pemenang. Bagaimanap­un, selain pingat perak itu, Belanda memperoleh­i satu lagi pingat emas dalam acara 1500 meter wanita apabila Sifan Hassan menamatkan perlumbaan 0.90 saat di hadapan seorang lagi atlet yang berasal dari Habsyah dan juga juara tertutup dan terbuka dunia, Abeba Aregawi dari Sweden, dalam masa 4 minit 04.18

saat. Kejayaan satudua diperolehi Britain dalam acara 400 meter

lelaki Matt Hudson-Smith dengan kelebihan 0.04 saat dalam masa 44.71 saat, selain diperolehi Poland dalam acara 800 meter apabila Adam Kszczot memenangi pingat emas di hadapan Artur Kuciapski dalam masa 1 minit 44.15 saat.

Ukraine turut memenangi pingat perak dan pingat emas dalam acara lompat tinggi apabila juara dunia Bogdan Bondarenko melepasi ketinggian 2.35 meter untuk menewaskan rakan senegara Andriy Protsenko (2.33 meter) manakala juara Olimpik Ivan Ukhov dari Rusia mendapat pingat gangsa (2.30 meter).

Adam Gemili dari Britain mempamerka­n larian mantap untuk memenangi acara 200 meter lelaki dalam masa 19.98 saat, dengan menamatkan perlumbaan 0.17 saat di hadapan Christophe Lemaitre yang sekurangku­rangnya boleh merasa syukur kerana membawa pungutan pingatnya

di Kejohanan Eropah kepada tujuh, satu rekod bagi seorang atlet lelaki. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? PANTAS: Schippers meraikan kejayaanny­a memenangi acara akhir 200 meter wanita pada Kejohanan Olahraga Eropah di Stadium Letzigrund di Zurich.
— Gambar Reuters PANTAS: Schippers meraikan kejayaanny­a memenangi acara akhir 200 meter wanita pada Kejohanan Olahraga Eropah di Stadium Letzigrund di Zurich.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia