Utusan Borneo (Sarawak)

Penalti kontrovers­i beri Lille kemenangan 1-0

-

PARIS, Perancis: Satu tendangan penalti yang kontrovers­i membolehka­n Lille untuk mencatatka­n kemenangan pertama mereka bagi musim Ligue 1 pada Jumaat lepas apabila tendangan Divock Origi menjamin kemenangan 1-0 ke atas kelab yang baharu dinaikkan ke liga utama Caen.

Pasukan Rene Girard menamatkan musim lepas di tempat ketiga untuk layak ke Liga Juara-Juara, dan mereka mencapai kejayaan pertama sekali berdasarka­n pertahanan yang begitu ketat.

Mereka belum lagi dibolosi sebarang gol dalam kempen baharu Ligue 1 selepas mereka menyusuli keputusan seri 0-0 di halaman sendiri dengan Metz pada hari pembukaan dengan menewaskan sebuah lagi kelab baharu dalam divisyen utama untuk menyediaka­n diri bagi perlawanan play-off pusingan pertama dalam Liga Juara-Juara pada Rabu ini di halaman sendiri menentang kelab gergasi Portugis, FC Porto.

Perlawanan kelmarin, yang berlangsun­g 160 kilometer dari Caen di Le Mans kerana stadium kelab Normandy itu sendiri sedang digunakan bagi Sukan Ekuestrian Sedunia, seakan-akan menuju kebuntuan sebelum pengadil Sebastien Desiage membuat keputusan untuk memberikan tendangan penalti pada minit ke-69.

Origi menyaksika­n lariannya ke arah gawang dihentikan oleh asakan cantik yang tepat daripada Dennis Appiah di tepi kotak penalti tetapi Caen terkejut melihat pengadil menunjuk ke arah titik penalti dan melayangka­n kad merah serta-merta kepada pemain pertahanan yang malang itu.

Tiada rayuan dibuat oleh Origi, penyerang muda Belgium yang ditandatan­gani Liverpool pada bulan lepas dan kemudian dipinjamka­n balik kepada Lille bagi musim ini setelah bermain dengan meyakinkan di kejohanan Piala Dunia. — AFP

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia