Utusan Borneo (Sarawak)

Misi mencari pemain cilik

Lebih 60 kanak-kanak mencuba nasib hari pertama Kem Bola Astro 1MCC

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Lebih 60 kanakkanak berusia 10 hingga 12 tahun mencuba nasib pada hari pertama Kem Bola Astro 1MCC yang diadakan di Padang D, Jalan Stadium kelmarin. Program anjuran Astro Kasih dengan kerjasama 1MCC Sports Sdn Bhd yang berpangkal­an di Kuala Lumpur itu bertujuan mencari pemain cilik berbakat untuk dibawa menjalani latihan bola sepak secara intensif ke luar negara.

Ketua Pegawai Eksekutif 1MCC Sports Sdn Bhd Cameron Ng berkata, sambutan pada hari pertama cukup memberangs­angkan dan yakin jumlah penyertaan akan bertambah pada hari terakhir pagi ini.

“Ini adalah kali ketiga 1MCC mengadakan program sama di Sarawak sejak 2012 dan kita sangat gembira dengan sambutan diberikan oleh peserta kali ini,” katanya semalam. “Program ini bertujuan memberi latihan

Ini adalah kali ketiga 1MCC mengadakan program sama di Sarawak sejak

2 012 dan kita sangat gembira dengan sambutan diberikan oleh peserta kali Cameron Ng

ini.” Ketua Pegawai Eksekutif 1MCC Sports Sdn Bhd

asas bola sepak kepada kanakkanak berusia 10 hingga 12 tahun untuk dipilih menjalani latihan secara intensif ke luar negara.”

Menurutnya, peserta terlibat perlu mengharung­i beberapa fasa ujian seperti melakukan hantaran jauh dan pendek, serangan, pertahanan, kawalan bola dan penjaga gol.

Peserta yang berjaya mengumpul markah tertinggi dari setiap ujian berpeluang menjalani latihan lanjut ke luar negara namun venue masih belum ditentukan.

“Secara jujur, pemain tempatan mempunyai kemahiran yang jauh lebih baik daripada pemain luar. Namun, mereka kurang daya kreativiti, tidak dapat membuat keputusan dengan pantas selain penguasaan bahasa Inggeris yang lemah.

“Justeru, seramai 64 peserta yang akan kita pilih dari kesemua enam venue akan menjalani latihan lanjut di Kuala Lumpur dengan memberi penekanan terhadap kerjasama dalam pasukan, nilai positif menerusi program Bolasepak Menerusi Pendidikan 1MCC (ETF).”

Katanya, jumlah itu akan disaring lagi bagi memilih hanya 32 peserta untuk dibawa menjalani latihan secara intensif ke luar negara pada tahun hadapan.

Latihan selama dua hari itu dikendalik­an oleh tiga jurulatih dari England Jordan Humphrey, Michael Leach dan Rhys Kelleher.

Mereka dibantu enam jurulatih tempatan antaranya bekas pemain Sarawak Jahar Nor, Sulaiman Mustanir dan Firdaus Ishak.

Seramai enam peserta dari Sarawak termasuk lima wanita terpilih untuk menjalani latihan di Cardiff City semasa kem yang diadakan di Kuching pada 2012.

Kem seterusnya akan diadakan di Perak ( 13- 14 September), Pahang (20-21 September), Negeri Sembilan ( 27- 28 September) dan Kuala Lumpur (10-12 Oktober).

Untuk mendaftar, sila layari www. astrokasih. org/ kembola.

 ??  ?? KAMI JUARA: Anggota pasukan Cahaya Naga Sakti dari Kampung Dit, Debak merakamkan kenangan selepas ditabalkan Raja Air Sungai Rimbas, kelmarin.
KAMI JUARA: Anggota pasukan Cahaya Naga Sakti dari Kampung Dit, Debak merakamkan kenangan selepas ditabalkan Raja Air Sungai Rimbas, kelmarin.
 ??  ?? BERBAKAT: Peserta sedang menjalani latihan sambil dipantau Michael Leach.
BERBAKAT: Peserta sedang menjalani latihan sambil dipantau Michael Leach.
 ??  ?? ARAHAN: Jordan Humphrey sedang memberikan taklimat kepada para peserta sebelum memulakan latihan.
ARAHAN: Jordan Humphrey sedang memberikan taklimat kepada para peserta sebelum memulakan latihan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia