Utusan Borneo (Sarawak)

Cahaya Naga Sakti ditabal Raja Air Sungai Rimbas

-

PUSA: Perahu Cahaya Naga Sakti milik Jarudin Kuin dari Kampung Dit, Debak ditabalkan sebagai Raja Air Sungai Rimbas pada acara kemuncak iaitu Bidar 30 Pekayuh Lelaki sempena Pesta Pusa Beting Maro 2014, kelmarin.

Dengan kemenangan itu, mereka berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM1,350, piala iringan dan piala pusingan.

Manakala, perahu Beragai Terbang kepunyaan Salleh Julaihi terpaksa akur di tempat kedua menewaskan pilihan juara, perahu Khazanah dari Serembang kepunyaan Kadir Manaf di tempat ketiga.

Dengan kedudukan itu, Beragai Terbang menerima hadiah wang tunai RM1,020, piala iringan dan piala tempat kedua, manakala Khazanah menerima hadiahRM70­0, piala iringan dan piala tempat ketiga.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro Razaili Gapor berkata, Sungai Rimbas suatu ketika dahulu cukup terkenal dengan acara lumba perahu.

Menurut beliau, bermula sebagai pertanding­an lumba perahu tradisiona­l, kini ia mencapai satu tahap baharu apabila mula mendapat perhatian seluruh rakyat Sarawak.

“Kita amat bertuah kerana penganjura­n Pesta Pusa tahun ini membawa kejayaan yang sungguh besar kepada masyarakat setempat.

“Malah Menteri Perumahan dan Pelanconga­n, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg baru- baru ini telah berjanji akan menjadikan Pesta Pusa ini sebagai acara tahunan dalam kalendar pelanconga­n negeri kerana mempunyai tarikan tersendiri untuk menarik lebih ramai pelancong ke Daerah Kecil Pusa,” ujarnya semasa berucap merasmikan Majlis Penangguha­n Rasmi Pesta Pusa Beting Maro di Tebingan Sungai Rimbas, kelmarin.

Pesta Pusa Beting Maro 2014 yang berakhir semalam berjaya menarik kira- kira 10,000 pengunjung dari seluruh negeri.

 ??  ?? KENANGAN: Skuad PPKS Mukah dan Hospital Dalat merakamkan kenangan pada perlawanan persahabat­an di KSK Mukah.
KENANGAN: Skuad PPKS Mukah dan Hospital Dalat merakamkan kenangan pada perlawanan persahabat­an di KSK Mukah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia