Utusan Borneo (Sarawak)

Anderson tetap puas hati prestasi Andrew

-

KUCHING: Pengendali skuad judo Sarawak Anderson Venus tetap berpuas hati dengan pencapaian anak didiknya Andrew Sia Kah Huong sekali pun gagal menyumbang apaapa pada Kejohanan Judo Terbuka Asia Taipei yang berlangsun­g di Universiti Taipei, Taiwan pada 28 dan 29 Julai lepas.

Anderson berkata, beliau memang tidak mengharapk­an apa-apa sumbangan daripada Andrew pada kejohanan yang disertai ramai atlet judo terkemuka dari Asia itu.

“Matlamat utama kita adalah memberi pendedahan kepada Andrew kerana sangat sukar mencari ‘sparring’ baginya menjalani latihan di sini,” katanya semalam.

“Saya memang menjangkak­an beliau pasti sukar untuk beroleh kemenangan kerana lawan yang ditentangn­ya jauh lebih hebat dengan fizikal yang lebih besar.

“Namun, sekurangku­rangnya kejohanan ini menjadi medan latihan bagi Andrew yang belum menjalani apa-apa latihan khusus sejak menyertai SUKMA 2013,” tambahnya.

Pada kejohanan tersebut, Andrew diletakkan dalam ranking ketujuh dalam kategori 90kg ke atas.

Beliau terkeluar dari saingan setelah tewas dalam dua perlawanan awal di tangan peserta Korea Selatan dan Mongolia.

Menurut Anderson, Persatuan Judo Sarawak (PJS) meletakkan harapan tinggi terhadap Andrew untuk menyumbang pingat emas pada SUKMA 2015 di Kuala Lumpur setelah ketiadaan Brenton Sim yang terlebih umur.

Justeru, beliau menambah persatuan juga sedang dalam perancanga­n untuk menyertai beberapa perlawanan peringkat kebangsaan bagi memantapka­n lagi persediaan skuad negeri.

“Kita bercadang untuk menyertai pertanding­an judo terbuka peringkat kebangsaan di Pulau Pinang dikenali sebagai Piala Kano pada November depan.

“Selepas kejohanan tersebut, atlet akan menjalani latihan intensif berpusat bersama skuad judo kebangsaan Pulau Pinang selama seminggu.

“Selain itu, kita juga akan menyertai kejohanan judo di Singapura yang dijangka diadakan pada Disember depan,” katanya.

Judo menghadiah­kan dua perak dan satu gangsa pada SUKMA 2013 masing-masing menerusi Brenton Sim, Andrew Sia dan Soh Yew Ing.

 ??  ?? ANDREW
ANDREW

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia