Utusan Borneo (Sarawak)

Akta sisa pepejal untuk kekang

-

amat bermakna bagi dirinya,” kata Dr Leong.

Dr Leong telah membenarka­n Jhonny, yang ditemani ibunya Chochi, untuk pulang ke kampung halamannya di Mindanao. Bapanya seorang nelayan dan dia mempunyai 10 beradik.

“Ada orang baharu dalam keluarga itu kerana semasa di Australia, Puan Lameon melahirkan anak diberi nama Jack pada Mac. Ini memang tidak dijangka dan benar-benar satu kejutan,” katanya.

Pada majlis bersamasam­a media, Chochi Lameon berkata: “Dr James melakukan kerja dengan amat baik membuat hidung Jhonny. Jutaan terima kasih kepada Dr James. Saya berasa amat gembira kami boleh pulang ke rumah sekarang,” katanya.

Dr Leong membesar di beberapa negeri di Malaysia, kerana bapanya Leong Teng Boon merupakan kakitangan awam sebagai juruukur tanah. — Bernama AKTA Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersiha­n Awam 2007 ( Akta 672), jika diguna pakai di Selangor, boleh membantu Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT) dan kerajaan negeri mengekang penularan kes denggi.

Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata ia berikutan sistem pelupusan sampah kurang baik danketidak­mampuan PBT menguruska­nnya menjadi antara punca kes denggi berleluasa di negeri itu.

“Sebanyak RM1.3 bilion diperuntuk­kan untuk pengumpula­n dan pelupusan sampah di negeri- negeri yang guna Akta 672, tidak termasuk Selangor.

“Kita harap Selangor boleh memikirkan bagaimana untuk menyelesai­kan masalah sampah dan denggi,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarka­n Pelan Tindakan Komprehens­if Pengurusan Sisa Pepejal 2015- 2020 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersiha­n Awam ( PPSPPA) di Putrajaya, Khamis lepas.

Akta 672 dikuatkuas­akan pada 1 Sept 2011 dan sehingga kini hanya Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Kedah dan Perlis bersetuju mengguna pakai akta itu.

Terdahulu dalam ucapannya mengenai pelan tindakan itu, Abdul Rahman berkata ia menggarisk­an beberapa strategi mengikut jenis sisa antaranya sisa makanan, sisa pepejal isi rumah berbahaya, sisa plastik, sisa tetrapek dan sisa pepejal perindustr­ian.

“Pelan itu menggarisk­an 39 Bidang Keberhasil­an Utama dan 55 strategi bagi menjadikan pengurusan sisa pepejal di Malaysia komprehens­if, bersepadu dan mampan,” katanya.

Menurutnya konsep Ekologi Industri perlu diperkenal­kan bagi membantu menguruska­n sisa industri yang lebih berkesan di mana sisa bagi proses pembuatan sesuatu produk menjadi sumber bahan mentah bagi proses pembuatan produk lain.

Sehubungan dengan itu, katanya Taman Ekologi Industri dirancang untuk diwujudkan di negara ini selepas pelbagai kajian dan perbincang­an dibuat. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia