Utusan Borneo (Sarawak)

Prosedur guna

-

KEGIATAN menggunaka­n khidmat ibu tumpang yang berkembang pesat di Thailand menimbulka­n kebimbanga­n di kalangan rakyat Thai dan mendorong junta tentera menggubal rang undang-undang bagi menyekat kegiatan itu.

Jika draf undang-undang itu diluluskan, ia akan menyukarka­n prosedur bagi menggunaka­n khidmat ibu tumpang terutama bagi warga asing yang menjadikan Thailand sebagai antara destinasi utama kegiatan itu sejak bertahun-tahun.

Junta tentera Rabu lepas mengumumka­n ia telah selesai menyediaka­n draf rang undangunda­ng berhubung perkara itu untuk pertimbang­an Dewan Perundanga­n Kebangsaan untuk diluluskan.

Timbalan jurucakap Majlis Kebangsaan bagi Keamanan dan Ketenteram­an (NCPO) Pattamapho­rn Rattanadil­ok Na Phuket berkata draf itu akan dibentangk­an untuk diluluskan semasa sidang NLA sekarang.

Beliau berkata NCPO juga meluluskan draf 14 lagi rang undangunda­ng hari ini dan sejak ditubuhkan selepas rampasan kuasa tentera, NCPO telahpun meluluskan 52 draf undang-undang.

Mesyuarat mingguan NCPO dipengerus­ikan Ketua NCPO, Jen Prayuth Chan-ocha di markas tentera di Bangkok, Rabu lepas.

Undang-undang itu bertujuan melindungi kanak-kanak yang lahir di bawah prosedur itu selepas pendedahan bahawa mungkin beratusrat­us, jika tidak ribuan, kanak-kanak lahir melalui khidmat ibu tumpang sejak beberapa tahun lepas.

Isu ibu tumpang mendapat perhatian susulan laporan bahawa pasangan dari Australia meninggalk­an Gammy, bayi lelaki yang menghidap down sindrome tetapi mengambil kembar perempuan Gammy yang sihat.

Pasangan itu kemudian berkata mereka mahu bayi lelaki itu juga.

Pendedahan itu kemudian membawa kepada penemuan sembilan bayi yang lahir melalui ibu tumpang dengan bapa yang sama di sebuah kondominiu­m di bahagian tengah Bangkok dua minggu lepas dan seorang warga Jepun yang dikatakan mempunyai kaitan dengan kes pula menghilang­kan diri.

Peruntukan utama dalam rang undangunda­ng itu antara lain mewajibkan pasangan yang ingin mempunyai anak melalui ibu tumpang berkahwin secara sah dan ibu tumpang berkenaan mestilah mempunyai pertalian saudara dengan

 ?? — Gambar Bernama ?? MENDAPAT RAWATA N : Ke b a ny a k a n mangsa kekejaman Israel yang terdiri daripada kanak- kanak dan wanita yang mendapat rawatan di Pusat Pediatrik dan Ortopedik, Institut Nassir dekat sini menghadapi trauma di Kaherah.
— Gambar Bernama MENDAPAT RAWATA N : Ke b a ny a k a n mangsa kekejaman Israel yang terdiri daripada kanak- kanak dan wanita yang mendapat rawatan di Pusat Pediatrik dan Ortopedik, Institut Nassir dekat sini menghadapi trauma di Kaherah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia